Sepanyol mudah belasah Arab Saudi 4-0

KEHADIRAN Lamine Yamal nyata membawa tuah apabila bintang muda itu membantu Sepanyol kembali ke landasan kemenangan dengan membelasah Arab Saudi 4-0 dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia 2026, hari ini.

Pemain berusia 18 tahun itu membuka jaringan seawal minit ke-10 di Stadium Atlanta selepas dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Cape Verde dalam aksi pembukaan.

Yamal menyudahkan hantaran rendah Mikel Oyarzabal sebelum penyerang Real Sociedad itu meledak dua gol dalam tempoh tiga minit bagi membolehkan Sepanyol mendahului 3-0 seawal minit ke-24.

Sepanyol menambah jaringan keempat pada minit ke-49 apabila percubaan Marc Cucurella ditepis penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Al-Owais, namun bola terkena pertahanan Hassan Al-Tambakti sebelum menerjah gawang sendiri.

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Luis de la Fuente di tangga teratas Kumpulan H dengan empat mata daripada dua perlawanan.

Cape Verde berpeluang menyamai kutipan mata Sepanyol apabila menentang Uruguay di Miami, dengan jurulatih Pedro Leitao Brito atau lebih dikenali sebagai Bubista berjanji pasukannya akan bermain tanpa rasa takut.

Related Posts

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menawarkan ganjaran sehingga RM6,000 kepada atlet termasuk atlet para yang berjaya menghadiahkan pingat emas acara perseorangan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor, sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan kutipan 40 pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor menerusi persediaan rapi bagi memastikan kontinjen negeri mampu mencatat prestasi terbaik di temasya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh