Lelaki hilang, maut selepas bot bertembung di Sandakan

SANDAKAN – Seorang lelaki hilang di laut dijumpai, meninggal dunia selepas kejadian bot bertembung di perairan Kampung Bahagia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nizam Sainkui berkata, mayat lelaki dikenal pasti sebagai Azmin Isa, 24, dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua di sini pada Rabu.

Katanya, seramai enam anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 15 kilometer (km) dari BBP Sandakan sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.52 malam pada Selasa.

“Menurut laporan pengadu, seorang mangsa hilang manakala empat lagi selamat.

“Pasukan Bomba seterusnya menggunakan kaedah operasi ‘surface rescue’ bersama agensi penyelamat lain.

”Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar