Turapan konkrit di Bandar Prima dikorek bagi penyelenggaraan awal

SANDAKAN – Kerja mengorek dan mengecor semula satu petak turapan konkrit di hadapan Bandar Prima yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya sebenarnya merupakan sebahagian daripada program penyelenggaraan dan pembaikan awal (preventive maintenance).

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, pihak konsesi telah memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika lawatannya ke tapak berkenaan minggu lalu.

Menurutnya, walaupun keadaan permukaan jalan tersebut kelihatan masih baik, pemeriksaan teknikal mendapati terdapat kerosakan serta tanda-tanda awal kemerosotan pada struktur konkrit berkenaan.

“Jalan ini merupakan antara laluan utama di kawasan ini dengan jumlah trafik yang sangat tinggi setiap hari.

“Justeru, kerja penyelenggaraan berkala dan pembaikan awal perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kerosakan yang lebih serius pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Vivain berkata, langkah penyelenggaraan awal itu penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa terjamin, selain mengurangkan risiko kerosakan yang boleh mengganggu aliran trafik.

Mengulas mengenai aduan aktiviti lumba haram di kawasan berkenaan, Vivian berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan bagi membendung kegiatan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan supaya meneliti projek-projek yang perlu disegerakan dan memastikan semua kontraktor yang dilantik mempunyai integriti serta menitikberatkan aspek kualiti.

Related Posts

Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

KINABATANGAN – Seorang lelaki warga Filipina ditahan selepas dipercayai memiliki 10 ekor tenggiling hidup serta beberapa bahagian hidupan liar yang dilindungi dalam satu operasi di sebuah ladang di Kampung (Kg)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

KOTA KINABALU – Komuniti permainan papan (Tabletop) Asia Tenggara berhimpun di sini sempena Sabah National Tabletop Con 2.0 bertempat di Sabah Art Gallery. Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

Ekonomi negara beralih ke arah teknologi tinggi dan AI – PM

Ekonomi negara beralih ke arah teknologi tinggi dan AI – PM

Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak