Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

SEPANGGAR – Parlimen Sepanggar akan menyelaras tindakan susulan bersama agensi berkaitan bagi memastikan kerja pembaikan beberapa jalan kampung yang rosak di kawasan itu dapat dilaksanakan.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk TS Mustapha Sakmud berkata, perkara itu akan diberi perhatian selepas beliau meninjau sendiri keadaan beberapa jalan yang dikenal pasti memerlukan tindakan segera.

Pada lawatan itu, beliau melihat keadaan jalan yang rosak di beberapa kampung sekitar Sepanggar serta mendengar maklum balas daripada penduduk setempat.

Menurutnya, Parlimen Sepanggar mengambil maklum aduan yang dikemukakan dan akan berusaha menyelaras tindakan susulan bersama pihak berkaitan.

Mustapha seterusnya merasmikan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Kampung Darau Laut.

Beliau kemudian menghadiri Program Usrah Gabungan Komuniti Sepanggar sebelum meneruskan jadual dengan menghadiri Program Moginakan Bersama Penduduk Kampung Bambangan, Inanam pada sebelah petang.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh