Sabah catat sejarah ITP, Laran berjaya dituai secara komersial

SANDAKAN – Jawala Plantation Industries Sdn Bhd (FMU-14) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi syarikat pertama di Sabah berjaya melaksanakan penuaian Laran secara komersial di bawah program Ladang Hutan Perindustrian (Industrial Timber Plantation, ITP).

Menerusi hantaran Facebook Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) pada Jumaat, kejayaan ini disifatkan sebagai satu pencapaian penting dalam pembangunan industri perladangan hutan negeri Sabah.

Katanya, sebagai simbolik pencapaian berkenaan, Ketua Konservator Hutan, Datuk Zulkifli Suara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jawala Inc, Rahman Khan telah menyaksikan dan menerima ketibaan tongkang kayu balak ITP Laran dan Albizia di Sinora Mill Sandakan.

“Tongkang berkenaan membawa kira-kira 2,088 meter padu kayu balak daripada pokok berusia 7 hingga 8 tahun yang ditanam di kawasan ladang syarikat itu.

“Jawala memulakan penglibatan dalam program ITP sekitar tahun 2016 hingga 2017 melalui kerja-kerja penyediaan tanah dengan pendekatan penanaman berimpak tinggi kos rendah (high volume, low cost),” katanya.


Menurut SFD, Operasi penanaman pula bermula secara rasmi pada April 2018 Sehingga kini, syarikat berkenaan telah membangunkan kira-kira 4,600 hektar ladang spesies kayu keras cepat tumbuh, dengan Laran (Neolamarckia cadamba) menjadi spesies dominan sebanyak 80 peratus atau 3,680 hektar, selain Albizia.

“Hasil kajian dan penuaian awal menunjukkan produktiviti yang tinggi apabila pokok berusia 7 hingga 8 tahun mampu menghasilkan sehingga tujuh kali ganda jumlah kayu berbanding spesies hutan tropika semula jadi,” ujarnya.

Menurut SFD lagi, dengan tempoh pusingan tuaian hanya lapan tahun berbanding 30 hingga 40 tahun bagi hutan semula jadi, ITP dilihat sebagai alternatif mampan dalam pengeluaran kayu balak sekali gus mengurangkan tekanan terhadap sumber hutan asli Sabah.

Kejayaan penuaian komersial oleh Jawala ini membuktikan spesies cepat tumbuh seperti Laran dan Albizia berpotensi menjadi sumber kayu alternatif yang mampan serta memberi hasil tinggi dalam tempoh lebih singkat.

Related Posts

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

SHAH ALAM – Peningkatan peruntukan Program Mama Kerja kepada RM10 juta membolehkan 10,000 ibu bekerja di seluruh negeri menerima manfaat. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

KULIM – Kira-kira 25 penduduk terjejas selepas rumah mereka silanda banjir di Kampung Sungai Seluang Bawah di sini semalam. Kesemua mereka daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

Aktiviti sukan platform lahirkan generasi sihat

Aktiviti sukan platform lahirkan generasi sihat

Rapid KL lancar pas bulanan gigital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

Rapid KL lancar pas bulanan gigital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif