STPM 2025: PNGK Sarawak meningkat 2.75, 115 pelajar raih 4.00

KUCHING – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 Peringkat Negeri Sarawak merekodkan pencapaian memberangsangkan apabila berjaya mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.75 berbanding 2.68 pada tahun sebelumnya.

Pengumuman rasmi keputusan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dr Les Met di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, Petra Jaya pada Khamis.

Beliau yang hadir mewakili Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli memaklumkan, peningkatan PNGK sebanyak 0.07 mata itu disumbangkan oleh kecemerlangan 115 orang calon (2.19 peratus) yang berjaya meraih PNGK 4.00, berbanding 92 calon pada STPM 2024.

Berdasarkan statistik rasmi, kadar kelayakan sijil negeri turut mencatatkan angka yang sangat positif iaitu 99.96 peratus.

Seramai 5,257 orang calon daripada 5,259 calon yang hadir telah layak dianugerahkan Sijil STPM 2025.

Dalam pada itu, kadar lulus penuh bagi lima dan empat mata pelajaran menunjukkan peningkatan kepada 98.71 peratus pada STPM 2025, berbanding 98.16 peratus pada tahun sebelumnya.

Majlis tersebut turut meraikan kejayaan Kolej Tingkatan Enam Saratok yang dianugerahkan sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan (Kategori Kolej Tingkatan Enam), manakala SMK Sacred Heart, Sibu memenangi anugerah bagi Kategori Mod 2 dan Mod 3.

Lebih manis, seorang pelajar dari SMK Methodist, Sibu, iaitu Sharifah Nur Hazwani Wan Sapare, telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM 2025.

Secara keseluruhan, seramai 5,440 calon mendaftar bagi STPM 2025 di negeri ini dengan kadar kehadiran ke dewan peperiksaan yang amat menggalakkan iaitu 96.67 peratus.

Related Posts

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

IPOH – Prestasi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Perak mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan pencapaian terbaik sejak sistem semester diperkenalkan pada tahun 2013, dengan semua calon layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

ALOR SETAR – Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut migran warga Myanmar yang diseludup di Bukit Kayu Hitam, dekat sini bulan lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025

Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025

Dua disabitkan gagal patuhi award TTPM

Dua disabitkan gagal patuhi award TTPM