12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak yang dilaksanakan sejak Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kejayaan operasi itu bukan sahaja melegakan penduduk setempat, malah membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam menangani konflik manusia dan hidupan liar yang semakin kerap berlaku di daerah Hulu Perak.

Menurut beliau, konflik antara gajah dan manusia bukan isu baharu kerana kebanyakan kampung di kawasan berkenaan terletak berhampiran hutan simpan yang menjadi habitat semula jadi haiwan tersebut.

“Keadaan ini telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan memerlukan penyelesaian yang lebih menyeluruh serta berjangka panjang.

“Justeru, Kerajaan Negeri bersama pihak berkaitan sedang dalam perancangan membangunkan Pusat Santuari Gajah Perak (PES) di Gerik sebagai penyelesaian jangka masa panjang.

“Ia amat penting bagi memudahkan operasi pengurusan, pemindahan dan pemuliharaan gajah liar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kejayaan operasi pemindahan 12 ekor gajah liar yang mengganggu penduduk Kampung Bongor dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Mohd Taufik Abdul Rahman berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati terdapat 12 ekor gajah liar terdiri daripada gajah dewasa dan anak gajah berusia antara satu tahun setengah hingga 35 tahun berada di kawasan kampung tersebut.

Katanya, kesemua gajah berkenaan dipindahkan secara berperingkat ke habitat asal yang jauh daripada penempatan manusia bagi memastikan keselamatan penduduk serta kebajikan haiwan itu terus terpelihara.

“Perhilitan menerima aduan daripada penduduk Kampung Bongor mengenai kehadiran gajah liar yang menyebabkan ketakutan serta kerosakan tanaman.

“Operasi pemindahan dilaksanakan sejak Isnin lalu dengan bantuan dua ekor gajah denak betina, iaitu Indah dan Suria,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama penduduk setempat, pasukan keselamatan dan agensi terlibat turut membantu melancarkan operasi berkenaan sehingga berjaya diselesaikan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Terdahulu, seorang suri rumah, Siti Rasidah Abd Lateh, 43, berdepan detik cemas apabila sekumpulan gajah liar menceroboh kawasan kebun berhampiran rumahnya di Jalan Tok Baling, Kampung Bongor pada minggu lalu.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan tanaman getah dan pisang miliknya mengalami kerosakan, malah usaha suaminya membaling mercun untuk menghalau haiwan berkenaan tidak berhasil.

Penduduk kampung turut melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka berikutan kehadiran gajah secara berkumpulan, selain mendakwa kawasan berkenaan pernah menerima aduan gangguan hidupan liar lain termasuk harimau yang mengancam ternakan penduduk.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak