STPM 2025: Fokus kelas, aktif bersukan rahsia Danish Akhtar raih 4.00

SARATOK – Tumpuan sepenuhnya di dalam kelas serta bijak mengimbangi masa dengan aktiviti bersukan menjadi resipi kejayaan seorang pelajar Kolej Tingkatan Enam Saratok meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.

Pelajar cemerlang berkenaan, Danish Akhtar Mohamad Musa menzahirkan rasa syukur atas keputusan cemerlang yang disifatkannya sebagai kurniaan Tuhan hasil dorongan dan pengorbanan pelbagai pihak.

“Saya berasa sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Terima kasih kepada keluarga saya yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat.

“Tidak dilupakan juga kepada seluruh guru yang telah memberikan ilmu kepada saya untuk sampai ke tahap ini,” katanya ketika berkongsi kegembiraan berkenaan kejayaan tersebut pada Khamis ketika ditemu ramah oleh wartawan The Malaysia Press.

Mengulas mengenai cabaran dan persediaan sepanjang tempoh pengajian peringkat STPM, Danish Akhtar berkata, disiplin dan jadual harian yang teratur adalah kunci utamanya.

“Persediaan saya sepanjang mengharungi cabaran belajar di peringkat ini adalah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Pada waktu cuti pula, saya akan cuba banyakkan membaca dan mengulang kaji pelajaran.

“Selebihnya, saya juga akan bersukan bagi mengimbangi antara pelajaran dengan aktiviti harian,” jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai hala tuju dan perancangan masa depan, Danish Akhtar berkata, dia berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Menurutnya, beliau menyasarkan untuk melangkah ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Universiti Malaya (UM) bagi mengejar cita-cita bergelar seorang pendidik yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat kelak.

Terdahulu, Kolej Tingkatan Enam Saratok yang dianugerahkan sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan (Kategori Kolej Tingkatan Enam).

Dua lagi anugerah kebangsaan dibolot oleh SMK Sacred Heart, Sibu bagi Kategori Mod 2 dan Mod 3, serta pelajar SMK Methodist Sibu, Sharifah Nur Hazwani Wan Sapare (Pelajar Terbaik Kebangsaan Mata Pelajaran Bahasa Melayu)

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia