Hamzah kembali sebagai Ketua Pembangkang selepas umum parti baharu

TANAH MERAH – Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara sebagai platform baharu kepada pasukan reset pada Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo Taman Harmoni di sini, semalam.

Hamzah berkata, nama parti itu dicadangkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan mesyuarat agung pertama parti berkenaan dijadualkan berlangsung minggu hadapan.

“Kami ini baru dilahirkan dan tidak dijaga oleh Ayah Chik. Jadi, kami mahu bersama-sama dengan Pas, Gerakan dan parti-parti lain. Insya-Allah, kita akan bersama-sama membentuk kesepakatan,” katanya.

Konvensyen tersebut turut dihadiri beberapa bekas pemimpin Bersatu yang dipecat, digantung atau diberi amaran termasuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.

Hamzah sebelum ini dilaporkan akan membuat pengumuman berhubung parti baharu yang diterajuinya pada hari tersebut.

Sementara itu, Abdul Hadi turut mengumumkan pelantikan semula Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau berkata, Ahmad Samsuri kekal memegang jawatan sebagai Pengerusi PN bagi meneruskan kepimpinan gabungan berkenaan.

Foto: Utusan

Related Posts

Sudah masa politik Malaysia kembali kepada rasional, sederhana – Alexander Nanta

MALAYSIA perlu kembali kepada pendekatan politik yang rasional, sederhana dan inklusif bagi memastikan keharmonian serta kestabilan negara terus terpelihara. Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian