Arthur mohon maaf kepada Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU – Calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern mempamerkan kematangan politik apabila menyatakan permohonan maaf kepada kerajaan negeri selepas membuat kenyataan tidak tepat ketika diumumkan sebagai calon kerusi berkenaan, malam tadi.

Arthur yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan berkata, pihaknya turut menarik balik kenyataan yang dibuatnya ketika berucap pada Program Pelancaran Jentera DUN Bukit Batu itu.

“Setelah membuat semakan lanjut, saya dapati kenyataan bahawa ‘tiada peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk tahun ini’ adalah tidak tepat.

“Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul akibat kenyataan tersebut. Saya juga menarik balik kenyataan berkenaan dan mengakui kesilapan yang berlaku adalah tidak disengajakan,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, Arthur memaklumkan, pihaknya kesal dengan perkara tersebut dan menghargai teguran yang diterima daripada pelbagai pihak berhubung kenyataan itu.

“Saya dengan ini ingin membetulkan kesilapan dan menarik balik kenyataan berikut yang telah saya buat semasa Program Pelancaran Jentera DUN Bukit Batu berhubung isu peruntukan Kerajaan Negeri bagi tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Sabtu mengumumkan Sen Sern sebagai calon mereka untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Beliau berkata, Arthur ialah calon pertama yang diumumkan daripada senarai 56 calon gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan mengekalkan Arthur telah dipersetujui oleh Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trending Hari Ini

Pada PRN lalu, Arthur yang mewakili PH-PKR berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Batu dengan memperoleh 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan.

PRN Johor ke-16 akan berlangsung 11 Julai ini manakala 27 Jun ditetapkan sebagai hari penamaan calon dan pengundian awal pada 7 Julai.

Related Posts

Radzi, Azmin digugurkan jawatan utama PN serta-merta

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengguguran Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis PN dijangka berpanjangan, risiko libatkan ROS dan mahkamah jika tiada kata sepakat

KRISIS dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan berakhir dalam masa terdekat sekiranya PAS dan Bersatu gagal mencapai penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta