Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?

LANDSKAP kerjasama politik pembangkang dijangka menyaksikan perkembangan baharu dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang, kata Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Dr Yusri Ibrahim.

Beliau berkata ia kembali menjadi perhatian menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan perbincangan demi perbincangan mengenai pembentukan electoral pact atau pakatan pilihan raya makin panas akhir-akhir ini.

“Idea pembentukan pakatan pilihan raya sebenarnya telah mula diketengahkan sejurus selepas PRU15 oleh bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi penubuhan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).

“Dengan imej yang lebih sederhana, inisiatif yang dibawa Muhyiddin menerima sambutan yang agak baik. Ketika itu, saya menjangkakan IPR atau PN Plus berpotensi memberi cabaran yang signifikan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan PH-BN,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Yusri menjelaskan, antara faktor yang menjadikan idea itu berpotensi ialah kemampuan untuk membantu PN menembusi kelompok pengundi bukan Melayu, yang sebelum ini menjadi antara kelemahan utama gabungan berkenaan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut juga bukan sesuatu yang baharu dalam politik negara kerana ia pernah digunakan oleh pembangkang menerusi Pakatan Rakyat (PR) dan kemudiannya Pakatan Harapan (PH), yang berjaya menghimpunkan pelbagai parti politik serta kumpulan masyarakat sivil sebelum menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Bagaimanapun, perkembangan politik selepas itu menyaksikan momentum IPR tidak dapat diteruskan apabila PN berdepan pelbagai perubahan kepimpinan.

“Sekarang PN dipimpin Pas dan Muhyiddin bersama Bersatu pula dijangka akan disingkirkan dalam masa terdekat. Dalam keadaan itu, kepimpinan Pas pula mula bercakap mengenai pembentukan electoral pact bagi menghadapi PRU16,” katanya.

Menurut beliau, masih belum jelas bentuk kerjasama yang bakal diwujudkan oleh blok pembangkang sama ada membentuk satu pakatan pilihan raya yang kukuh atau mewujudkan dua pakatan berasingan yang dipimpin oleh Pas dan Bersatu.

“Buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, namun saya menjangkakan akan ada perkembangan baharu dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang yang bakal menentukan hala tuju kerjasama pembangkang menjelang PRU16,” katanya.

Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN, iaitu Bersatu.

Status Bersatu dalam PN akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang, jelas Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Related Posts

PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

PAKATAN Harapan (PH) akan terus menumpukan usaha memperkukuh jentera dan organisasi parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), tanpa bergantung kepada kelemahan atau masalah yang dihadapi pihak lawan. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 bakal tentukan hayat kerajaan Perlis?

KEDUDUKAN Kerajaan Negeri Perlis kini dilihat semakin rapuh susulan kemelut hubungan antara Pas dan Bersatu yang mencetuskan persoalan mengenai keabsahan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) menjelang pembentangan Belanjawan Perlis 2027 hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Brazil, Maghribi sama handal

Brazil, Maghribi sama handal

Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?

Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?

Benteng hakisan Nanga Baoh siap, ADUN Tellian hargai sokongan penduduk

Benteng hakisan Nanga Baoh siap, ADUN Tellian hargai sokongan penduduk

DBKL alu-alukan aduan awam, jamin kerahsiaan pengadu

DBKL alu-alukan aduan awam, jamin kerahsiaan pengadu

Piala Dunia: Qatar, Switzerland kongsi mata

Piala Dunia: Qatar, Switzerland kongsi mata

TYT Sarawak hadir Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan Agong di Betong

TYT Sarawak hadir Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan Agong di Betong