Radzi, Azmin digugurkan jawatan utama PN serta-merta

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengguguran Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama dalam gabungan parti politik itu.

Beliau berkata, rombakan berkuat kuasa serta-merta itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan PN.

“Bagi tujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor  dan Negeri Sembilan, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI), dan (VII) Perlembagaan PN.

“Maka dengan ini saya mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran Perikatan Nasional, berkuatkuasa serta -merta,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan.

Menurut beliau, Mohd Radzi diberhentikan daripada jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan digantikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Manakala, Azmin diberhentikan daripada jawatan Timbalan Setiausaha Agung PN.

Kenyataan tersebut diedarkan kepada pemberita selepas Mesyuarat Pra Persidangan Ahli Parlimen Pembangkang di Pejabat Agung Pas pada Rabu malam.

Dalam pada itu Ahmad Samsuri turut mengumumkan jawatan Bendahari PN kini disandang oleh Subramaniam Surunaryan selepas dikosongkan oleh Muhammad Sanusi.

“Bendahari (Sanusi) telah diberhentikan perkhidmatan dan digantikan oleh Subramaniam,” katanya lagi.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu turut mengumumkan satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi  akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi PN.
 

Related Posts

Krisis PN dijangka berpanjangan, risiko libatkan ROS dan mahkamah jika tiada kata sepakat

KRISIS dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan berakhir dalam masa terdekat sekiranya PAS dan Bersatu gagal mencapai penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

KOTA BHARU – Kehadiran Parti Wawasan Negara tidak dipandang remeh oleh Pakatan Harapan, sebaliknya dianggap sebagai pemangkin untuk memperkukuh gerak kerja parti gabungan itu dalam mendekati rakyat. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STPM 2025: Fokus kelas, aktif bersukan rahsia Danish Akhtar raih 4.00

STPM 2025: Fokus kelas, aktif bersukan rahsia Danish Akhtar raih 4.00

STPM 2025: PNGK Sarawak meningkat 2.75, 115 pelajar raih 4.00

STPM 2025: PNGK Sarawak meningkat 2.75, 115 pelajar raih 4.00

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal