89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 77 97 106 108 105 115 32 77 97 107 97 110 32 77 97 108 97 109 32 71 97 108 97 32 83 105 100 97 110 103 32 75 101 109 117 110 99 97 107 32 82 117 115 105 97 45 65 83 69 65 78 32 107 97 108 105 32 107 101 32 51 53 32 100 105 32 75 97 122 97 110 44 32 82 117 115 105 97 46 32 49 55 32 74 117 110 32 50 48 50 54 46 32 70 65 84 72 3
KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu dalam menangani isu Gaza dan perkembangan semasa yang melibatkan Iran.
Beliau berkata, Rusia terus menunjukkan komitmen berprinsip dalam mendepani kedua-dua isu berkenaan, khususnya dalam usaha menggalakkan penyelesaian secara aman.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda atas pendirian berhubung Gaza dan Iran. Anda telah mengambil pendirian yang sangat konsisten dan berprinsip,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat dua hala bersama Putin di sini, semalam.
Anwar berkata, keteguhan dan keyakinan Putin dalam mempertahankan pendirian tersebut mendapat penghormatan daripada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa.
“Dan bagi pihak rakyat Malaysia dan ramai yang lain, maka perlu saya katakan betapa kami mengagumi keteguhan dan keyakinan anda,” katanya.
Pertemuan itu diadakan bersempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Kazan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang berlangsung pada 17 hingga 18 Jun.Konflik di Gaza dan ketegangan melibatkan Iran kini menjadi antara isu utama dalam landskap geopolitik Asia Barat, yang turut menyaksikan persaingan pengaruh antara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China.
Dalam konteks itu, Rusia secara konsisten menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza, penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin serta penyelesaian diplomatik bagi meredakan konflik di rantau berkenaan.
Pada masa sama, Moscow mengekalkan hubungan rapat dengan Tehran sambil menggesa semua pihak mengutamakan dialog dan rundingan sebagai jalan penyelesaian, berbanding tindakan ketenteraan yang berisiko meningkatkan ketegangan serantau.



