DBKL alu-alukan aduan awam, jamin kerahsiaan pengadu

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan semakan menyeluruh berhubung dakwaan yang tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pengadu berkaitan pengendalian aduan aktiviti pembinaan di ibu negara.

Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan pihaknya mengambil serius kebimbangan yang dibangkitkan, khususnya melibatkan aspek kerahsiaan maklumat pengadu dan keyakinan orang ramai terhadap sistem aduan awam

“Pada masa sama, DBKL turut meneliti semula aduan asal yang dibangkitkan bagi memastikan isu yang dilaporkan diberikan perhatian sewajarnya dan tindakan yang diambil adalah selaras dengan keadaan sebenar di lapangan,” katanya.

Ujar kenyataan itu lagi, setiap aduan yang diterima melalui saluran rasmi adalah penting dan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa tempatan itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga kota.

Sehubungan itu, pihak berkuasa ibu kota itu memaklumkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem aduan awam perlu sentiasa dipelihara dan diperkukuhkan.

“Orang ramai tidak perlu berasa bimbang untuk menggunakan saluran aduan rasmi DBKL. Setiap aduan yang diterima akan diteliti dan diuruskan mengikut proses yang ditetapkan manakala sebarang perkara yang dibangkitkan akan diberi perhatian sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata pihaknya kekal komited memastikan sistem aduan awam terus diyakini, berfungsi dengan baik dan memberi manfaat kepada seluruh warga Kuala Lumpur.

Related Posts

Benteng hakisan Nanga Baoh siap, ADUN Tellian hargai sokongan penduduk

DALAT – Projek Benteng Tebingan Sungai bernilai RM500,000 di Rumah Panjang Dari ak Balin, Nanga Baoh di sini berjaya disiapkan sepenuhnya hasil kerjasama utuh semua pihak. Ahli Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TYT Sarawak hadir Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan Agong di Betong

BETONG – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fun Walk HAWANA 2026 perkukuh hubungan pengamal media dan masyarakat

Fun Walk HAWANA 2026 perkukuh hubungan pengamal media dan masyarakat

Pembangkang berpecah, Anwar terus ‘mendunia’ mendominasi kestabilan politik

Pembangkang berpecah, Anwar terus ‘mendunia’ mendominasi kestabilan politik

Brazil, Maghribi sama handal

Brazil, Maghribi sama handal

Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?