Benteng hakisan Nanga Baoh siap, ADUN Tellian hargai sokongan penduduk

DALAT – Projek Benteng Tebingan Sungai bernilai RM500,000 di Rumah Panjang Dari ak Balin, Nanga Baoh di sini berjaya disiapkan sepenuhnya hasil kerjasama utuh semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, kemudahan yang siap pada 13 Mei lalu itu berjaya memberi kelegaan penduduk terhadap ancaman hakisan tanah, sekali gus menjamin keselamatan komuniti.

Menurut beliau, projek di bawah konsesi hutan yang diluluskan pada tahun 2023 tersebut merupakan manifestasi kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh kualiti hidup masyarakat luar bandar.

“Infrastruktur ini kini menjadi pemangkin kepada pembangunan pedalaman yang lebih mampan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama erat dan saya berharap ia dapat memberikan manfaat sepenuhnya kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Projek Benteng Tebingan Sungai sempena Program Ngiling Bidai di rumah panjang berkenaan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Royston menyeru masyarakat agar terus mengekalkan sikap terbuka dan menyambut baik setiap perancangan kemudahan asas yang dibawa oleh kerajaan ke kawasan mereka.

Jelasnya, pemuafakatan penduduk amat kritikal bagi memastikan kelancaran projek, berikutan pelaksanaan di kawasan yang sukar diakses sememangnya mencabar dan memerlukan masa.

“Sokongan penuh daripada penduduk setempat dapat mengelakkan sebarang kelewatan. Jika projek tertangguh akibat salah faham, ia bukan sahaja merencatkan kemajuan malah menyebabkan penduduk terpaksa menunggu lebih lama untuk menikmati kemudahan tersebut.

“Perancangan yang berjalan lancar juga amat penting bagi mengelakkan impak negatif dari segi peningkatan kos pembinaan,” tegas beliau.

Sementara itu, beliau menggesa masyarakat untuk terus memelihara semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan Sarawak.

Tambahnya, walaupun wujud perbezaan kaum dan agama, keupayaan mempertahan keharmonian kekal menjadi kunci utama kepada kestabilan dan kemajuan negeri.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan