Piala Dunia: Qatar, Switzerland kongsi mata

BOUALEM Khoukhi muncul wira Qatar apabila jaringan lewatnya memastikan negara Asia itu meraih mata pertama dalam sejarah penampilan mereka di Piala Dunia selepas mengikat Switzerland 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, awal pagi tadi.

Switzerland yang dilihat lebih dominan hampir sepanjang perlawanan tampak berada di landasan tepat untuk memulakan kempen dengan kemenangan sebelum dihukum pada saat akhir.

Breel Embolo meletakkan pasukan Eropah itu di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-17 selepas penjaga gol Qatar, Mahmoud Abunada, mengasari Remo Freuler di dalam kotak penalti.

Jaringan itu hadir selepas semakan panjang apabila terdapat keraguan sama ada Freuler berada dalam kedudukan ofsaid sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ketika tiga mata seakan menjadi milik mereka, Khoukhi yang berusia 35 tahun meledak gol penyamaan menerusi tandukan pada minit ke-90+4 untuk mencetuskan kegembiraan luar biasa di bangku simpanan Qatar.

Related Posts

Brazil, Maghribi sama handal

AKSI Brazil menentang Maghribi seumpama ‘buku dengan ruas’ selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium MetLife, pagi tadi, Pertembungan dua pasukan pilihan yang berada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026

SARATOK – Haqi Bangsawan X gah bergelar selaku juara bagi pertandingan futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026 yang berlangsung hari ini di gelanggang futsal Lakis Saratok, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Brazil, Maghribi sama handal

Brazil, Maghribi sama handal

Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?

Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?

Benteng hakisan Nanga Baoh siap, ADUN Tellian hargai sokongan penduduk

Benteng hakisan Nanga Baoh siap, ADUN Tellian hargai sokongan penduduk

DBKL alu-alukan aduan awam, jamin kerahsiaan pengadu

DBKL alu-alukan aduan awam, jamin kerahsiaan pengadu

Piala Dunia: Qatar, Switzerland kongsi mata

Piala Dunia: Qatar, Switzerland kongsi mata

TYT Sarawak hadir Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan Agong di Betong

TYT Sarawak hadir Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan Agong di Betong