Arus deras dipercayai ragut nyawa penjual ikan salai di Kemaman

KEMAMAN- Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar memukat ikan akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan terapung di Sungai Air Puteh, dekat Kampung Seberang Tayor, petang semalam.

Mangsa, Mualim Johari, 38, ditemukan kira-kira pukul 6 petang oleh penduduk kampung dalam keadaan tersangkut pada timbunan kayu di tengah sungai berhampiran jambatan Sungai Air Puteh.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Radzi Rosli ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tersebut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman bagi tujuan bedah siasat dan proses pengecaman serta dokumentasi lanjut,” katanya lapor BH hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat dan siasatan lanjut pihak polis.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersendirian menyara kehidupan dengan menjual ikan sungai salai yang diperoleh hasil tangkapannya di sungai berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kediamannya.

Menurut penduduk setempat, mangsa dipercayai keluar ke sungai tersebut pada petang Rabu lalu bagi memasang pukat sebelum dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

Sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baharu Cheneh bersama polis bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi membawa keluar mayat dilakukan menggunakan sebuah bot sebelum mangsa berjaya dibawa ke tebing sungai untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, penduduk kampung yang mengenali mangsa menyifatkan Mualim sebagai seorang yang rajin mencari rezeki dan sering turun ke sungai untuk menangkap ikan bagi menyara kehidupannya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa