Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong bakal jadi pemangkin ekonomi komuniti

KABONG – Projek pembinaan baharu Anjung Selera dan Inap Desa Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta memperkukuhkan sektor pelancongan berasaskan komuniti di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh penduduk dalam tempoh yang dirancang.

Menurutnya, kejayaan sesuatu projek pembangunan memerlukan komitmen dan kerjasama erat daripada semua pihak yang terlibat, termasuk agensi pelaksana dan pihak berkepentingan.

“Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan lancar serta mencapai matlamat pembangunan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan sesi libat urus projek pembinaan Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong yang berlangsung di Dewan PNK Kabong pada Rabu.

Chee Kadir berkata, pembinaan Anjung Selera bakal menyediakan kemudahan yang lebih teratur kepada peniaga tempatan untuk memasarkan produk makanan dan hasil laut, sekali gus meningkatkan daya tarikan Kabong sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, projek itu juga dijangka membuka peluang pendapatan baharu kepada pengusaha kecil, nelayan serta komuniti setempat yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan.

“Pada masa sama, pembinaan Inap Desa PNK Kabong akan menawarkan pengalaman pelancongan berasaskan budaya dan kehidupan komuniti tempatan kepada para pengunjung,” ujarnya.

Beliau menambah, sesi libat urus tersebut turut menjadi platform penting bagi membincangkan perkembangan semasa projek serta mengenal pasti sebarang isu yang memerlukan tindakan segera.

Selain projek berkenaan, mesyuarat turut membincangkan beberapa projek pembangunan lain yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Saratok (MDS) serta projek di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di kawasan Kabong.

Turut hadir wakil BDDA, MDS, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong serta PNK Kabong yang menyatakan komitmen berterusan untuk menjayakan agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut.

Related Posts

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

PUTRAJAYA – Harga beberapa bahan binaan utama di negara ini terus menunjukkan peningkatan pada Mei 2026, dengan indeks harga seunit besi, pasir, batu baur dan simen masing-masing mencatatkan kenaikan berbanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi mata wang ringgit antara terbaik di Asia

KUALA LUMPUR – Ringgit kekal menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun ini, dipacu aliran masuk pelaburan yang besar serta kekukuhan asas ekonomi Malaysia walaupun menghadapi ketidaktentuan global…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tolak sentimen perkauman kunci utama keharmonian, kestabilan Sarawak – Dr Annuar

Tolak sentimen perkauman kunci utama keharmonian, kestabilan Sarawak – Dr Annuar

IGMS dipuji wujudkan platform rancang hala tuju Melayu Sarawak

IGMS dipuji wujudkan platform rancang hala tuju Melayu Sarawak

Kuasai bahasa Inggeris demi pasaran kerja global, Sarawak tidak pinggir bahasa kebangsaan

Kuasai bahasa Inggeris demi pasaran kerja global, Sarawak tidak pinggir bahasa kebangsaan

Kerajaan memahami keresahan rakyat isu Rohingya, JKOM akan angkat kepada pihak berwajib

Kerajaan memahami keresahan rakyat isu Rohingya, JKOM akan angkat kepada pihak berwajib

MPV terbakar selepas bertembung treler, seorang maut rentung

MPV terbakar selepas bertembung treler, seorang maut rentung

KP JKOM ikrar terjemah amanat PMX ke peringkat akar umbi

KP JKOM ikrar terjemah amanat PMX ke peringkat akar umbi