Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong bakal jadi pemangkin ekonomi komuniti

KABONG – Projek pembinaan baharu Anjung Selera dan Inap Desa Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta memperkukuhkan sektor pelancongan berasaskan komuniti di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh penduduk dalam tempoh yang dirancang.

Menurutnya, kejayaan sesuatu projek pembangunan memerlukan komitmen dan kerjasama erat daripada semua pihak yang terlibat, termasuk agensi pelaksana dan pihak berkepentingan.

“Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan lancar serta mencapai matlamat pembangunan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan sesi libat urus projek pembinaan Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong yang berlangsung di Dewan PNK Kabong pada Rabu.

Chee Kadir berkata, pembinaan Anjung Selera bakal menyediakan kemudahan yang lebih teratur kepada peniaga tempatan untuk memasarkan produk makanan dan hasil laut, sekali gus meningkatkan daya tarikan Kabong sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, projek itu juga dijangka membuka peluang pendapatan baharu kepada pengusaha kecil, nelayan serta komuniti setempat yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan.

“Pada masa sama, pembinaan Inap Desa PNK Kabong akan menawarkan pengalaman pelancongan berasaskan budaya dan kehidupan komuniti tempatan kepada para pengunjung,” ujarnya.

Beliau menambah, sesi libat urus tersebut turut menjadi platform penting bagi membincangkan perkembangan semasa projek serta mengenal pasti sebarang isu yang memerlukan tindakan segera.

Selain projek berkenaan, mesyuarat turut membincangkan beberapa projek pembangunan lain yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Saratok (MDS) serta projek di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di kawasan Kabong.

Turut hadir wakil BDDA, MDS, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong serta PNK Kabong yang menyatakan komitmen berterusan untuk menjayakan agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut.

Related Posts

R&D Malaysia disasar beralih daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

KUALA LUMPUR –Malaysia dalam proses beralih daripada pendekatan ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’dalam usaha memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D). Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

PUTRAJAYA – Pasaran buruh Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan jumlah penerima gaji dan upah bulanan meningkat kepada 12.01 juta orang pada 2025 berbanding 11.96 juta orang pada 2024. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja