Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan

LAWAS – Lawas berpotensi muncul sebagai pemangkin kepada pembentukan koridor ekonomi baharu yang menghubungkan Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai hab strategik pembangunan di utara Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kedudukan geografi Lawas yang strategik serta hubungan erat dengan wilayah jiran membuka peluang luas dalam sektor perdagangan, pelaburan dan pelancongan rentas sempadan.

Menurutnya, Lawas berupaya menjadi pintu masuk utama bagi aktiviti ekonomi serantau yang melibatkan Sarawak, Brunei dan Indonesia.

“Lawas mempunyai potensi besar sebagai pintu masuk perdagangan, pelaburan dan koridor pelancongan.

“Hubungan kita dengan Brunei dan Indonesia bukan sekadar hubungan rasmi antara kerajaan, malah turut diperkukuh melalui ikatan kekeluargaan yang telah lama terjalin,” katanya ketika merasmikan pembukaan LePapa Hypermarket dan Roxy Hotel Lawas di Jalan Lawas-Merapok, baru-baru ini.

Awang Tengah menjelaskan, hubungan kukuh yang terjalin antara masyarakat di kawasan sempadan sejak sekian lama menjadi kelebihan penting dalam menjayakan agenda pembangunan wilayah utara Sarawak.

Katanya, kawasan utara negeri itu kini menerima pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan di bawah strategi pembangunan Kerajaan Sarawak.

Beliau turut optimis bahawa dasar dan strategi pembangunan yang diterajui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan terus merangsang pertumbuhan ekonomi serta menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan tersebut.

“Keyakinan pelabur terhadap dasar pembangunan Sarawak semakin meningkat.

“Potensi yang dimiliki utara Sarawak, termasuk sumber semula jadi dan produk tempatan, berjaya menarik minat pelabur untuk menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pelaburan yang berdaya maju,” ujarnya.

Tambah beliau, penglibatan sektor swasta melalui pembangunan projek berskala besar membuktikan keyakinan terhadap prospek ekonomi Lawas dan kawasan sekitarnya.

“Hari ini amat signifikan bagi Lawas kerana menyaksikan pelaburan besar sektor swasta menerusi pembukaan LePapa Hypermarket.

“Ini menunjukkan pelabur melihat potensi ekonomi yang tinggi di kawasan utara Sarawak,” katanya.

Projek LePapa Lawas yang melibatkan pelaburan bernilai RM150 juta merangkumi pembinaan LePapa Hypermarket, Roxy Hotel serta 150 unit apartmen dilihat sebagai simbol keyakinan pelabur luar terhadap potensi pertumbuhan ekonomi di wilayah utara Sarawak.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa