Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

PENAMPANG – Projek menaik taraf Ruang Legar Kepayan Square dan pembinaan Tamu Donggongon baharu beri impak positif kepada komuniti setempat, terutama kepada usahawan penjaja, peniaga kecil dan pengunjung.

Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick berkata, kedua-dua projek berkenaan akan menjadi sebuah transformasi yang bukan sahaja memperkukuh perniagaan tempatan tetapi juga memperkayakan aktiviti sosial dan budaya komuniti setempat.

“Projek menaik taraf Ruang Legar Kepayan Square telah siap sepenuhnya dengan peruntukan RM1 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), hasil permohonan bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Datuk Jannie Lasimbang.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, yang menyalurkan peruntukan ini kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi menjayakan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas membuat tinjuan dua projek pembangunan utama tersebut di Penampang pada Jumaat.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut merancang beberapa lagi fasa pembangunan dan kerja-kerja menaik taraf, termasuk permohonan peruntukan tambahan bagi meningkatkan lagi kemudahan.

“Kemudahan baharu ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti Kepayan dan peniaga tempatan, malah berpotensi menjadi lokasi pelbagai program kemasyarakatan.

“Contohnya, sambutan Pesta Tanglung dan Tahun Baharu Cina boleh diteruskan di kawasan ini, seperti yang pernah dianjurkan oleh urusetia beliau bersama Kapitan-Kapitan Cina Penampang.

“Saya gembira melihat hasil usaha ini dapat direalisasikan semasa saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Penampang,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut meninjau projek pembinaan Tamu Donggongon yang kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 92 peratus.

Tambahnya, projek bernilai RM8.5 juta itu dibiayai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, seperti yang diumumkan kerajaan terdahulu.

“Projek ini dijadualkan siap pada April 2026, namun syarikat pelaksana diberikan lanjutan masa sehingga Disember 2026 susulan semakan semula skop projek, terutamanya kerja-kerja elektrikal.

“Saya yakin kemudahan baharu ini akan memberi manfaat kepada peniaga, pengunjung, dan komuniti Penampang secara keseluruhan.

“Ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur dan menyokong ekonomi tempatan.

“Dengan siapnya kedua-dua projek ini, Penampang dijangka mendapat satu transformasi yang bukan sahaja memperkukuh perniagaan tempatan tetapi juga memperkayakan aktiviti sosial dan budaya komuniti setempat,” katanya.

Related Posts

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyifatkan tempoh dua tahun menerajui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sebagai satu pengalaman berharga yang menyaksikan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

TAIPING – Kegiatan penyelewengan diesel yang dipercayai berselindung di sebalik sebuah stor simpanan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang, di sini, berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati