Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

TAIPING – Kegiatan penyelewengan diesel yang dipercayai berselindung di sebalik sebuah stor simpanan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang, di sini, berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menerusi Ops Tiris 4.0 pada Khamis.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 pagi itu, pasukan penguat kuasa merampas 3,200 liter minyak diesel bersama sebuah lori yang telah diubah suai bagi tujuan pengumpulan bahan api bersubsidi berkenaan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi berkenaan dilaksanakan hasil pemantauan dan risikan selama seminggu yang dijalankan pihaknya.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati lori kargo tiga tan jenis Nissan Diesel itu telah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan berkapasiti kira-kira 4,500 liter di bahagian muatan bagi mengumpul diesel yang dipercayai diperoleh secara tidak sah.

“Hasil risikan mendapati diesel berkenaan dipercayai diperoleh daripada pemandu lori syarikat pengangkutan yang tidak amanah sebelum dikumpulkan untuk tujuan penyelewengan.

“Siasatan juga mendapati sindiket dipercayai menjalankan aktiviti mereka pada lewat pagi bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang dipercayai pemilik stor berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau kebenaran sah daripada Pegawai Bekalan Malaysia bagi urusan penyimpanan dan pengendalian barang kawalan terbabit.

Selain lori yang digunakan, KPDN turut menyita pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu termasuk dua tangki IBC, tiga pam bersama hos, 15 jeriken, 18 tong dram, sebuah tangki fiber serta beberapa dokumen berkaitan.

“Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan berjumlah RM102,909.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Kamalludin berkata, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat atau badan korporat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama jika didapati bersalah.

Foto: KPDN Perak

Related Posts

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyifatkan tempoh dua tahun menerajui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sebagai satu pengalaman berharga yang menyaksikan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

PENAMPANG – Projek menaik taraf Ruang Legar Kepayan Square dan pembinaan Tamu Donggongon baharu beri impak positif kepada komuniti setempat, terutama kepada usahawan penjaja, peniaga kecil dan pengunjung. Timbalan Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati