“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

PEKAN NANAS – Ahli DAP Negeri Johor, Mohamad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah menegaskan bahawa pihaknya bersedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menjalin kerjasama politik, namun dalam masa yang sama tidak gentar berdepan mana-mana pihak yang memilih untuk menjadi lawan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman sosialnya sempena perkembangan semasa politik negara, beliau turut mengingatkan bahawa nilai mengenang jasa dan budi merupakan prinsip penting dalam kehidupan bermasyarakat, namun menyifatkan masih terdapat segelintir individu yang sanggup melupakan pertolongan yang pernah diterima apabila berada dalam kesusahan.

“Dihulurkan tangan saat mereka jatuh, tangan itu juga yang mereka gigit kembali. Adakah ini satu tindakan yang wajar?” soalnya.

Menurut beliau, perjalanan politik yang dilalui selama ini tidak terlepas daripada episod pengkhianatan dan cubaan menjatuhkan rakan sendiri, termasuk oleh individu yang suatu ketika dahulu mengaku sebagai rakan seperjuangan.

Katanya, pengalaman pahit tersebut bagaimanapun telah mematangkan dan menguatkan lagi semangat perjuangan parti serta anggotanya.

“Kita telah menghadapi pelbagai episod pengkhianatan dan cubaan tebuk atap oleh pihak lawan mahupun mereka yang dahulunya pernah mengaku sebagai rakan seperjuangan,” katanya.

Beliau berkata, setiap cabaran yang ditempuhi telah menjadikan mereka lebih bijak dan berpengalaman dalam mendepani landskap politik yang semakin mencabar.

Sehubungan itu, Kamarul Ariffin menyeru seluruh ahli parti supaya terus bersikap terbuka dan berjiwa besar dalam menjalinkan hubungan politik serta kemasyarakatan.

“Jika ada yang ingin berkawan, kita perlu terima dengan hati yang ikhlas. Dan jika ada yang ingin menjadi lawan sekalipun, kita akan alu-alukan,” ujarnya.

Dalam nada yang tegas, beliau turut memberi bayangan bahawa parti kini bersedia menghadapi sebarang cabaran politik yang mendatang.

“Gendang telah dipalu, perang telah diisytiharkan. Lawan tetap lawan!” tegasnya lagi.

Beliau memperingatkan bahawa parti DAP akan terus mempertahankan prinsip perjuangan serta bersedia menghadapi sebarang cabaran politik, sama ada daripada pihak lawan mahupun bekas sekutu yang memilih haluan berbeza.

Related Posts

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

SUDAH tiada harapan untuk sebarang kerjasama harmoni lagi bersama Pas selepas pemimpin Bersatu di Melaka menyindir pihak yang mendakwa parti itu tiada jentera sebagai pekak. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

KUANTAN – Tujuh warga Nepal cedera selepas sebuah bas persiaran membawa 36 penumpang terbalik dalam kemalangan melibatkan dua bas persiaran dan sebuah kenderaan utiliti sukan di KM15 jalan turun Genting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta Sewa Beli 2026 berkuat kuasa esok, 11 institusi kewangan tawar pembiayaan baharu

Akta Sewa Beli 2026 berkuat kuasa esok, 11 institusi kewangan tawar pembiayaan baharu

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting