United bayar Amorim pampasan RM88.84 juta

MANCHESTER United menanggung kos sebanyak £16.7 juta (RM88.84 juta) untuk memecat bekas pengurus, Ruben Amorim bersama barisan kejurulatihannya.

Laporan kewangan suku ketiga kelab itu turut mengesahkan kerugian £5.2 juta (RM27.66 juta) daripada pelupusan aset tidak ketara berkaitan pemecatan itu.

Bayaran besar itu yang disenaraikan sebagai perkara luar biasa dibuat walaupun United menaikkan unjuran hasil tahunan kepada lebih £655 juta (RM3.48 bilion).

Amorim dipecat pada Januari lalu, namun penggantinya Michael Carrick membawa perubahan prestasi menyaksikan United menamatkan musim di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Akaun terbaharu United menunjukkan keuntungan operasi £37.7 juta (RM200.46 juta) bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac, berbanding kerugian £3.2 juta (RM17.02 juta) dalam tempoh sama tahun lalu.

Kelab itu percaya langkah pengurangan kos operasi sejak Jim Ratcliffe menjadi pemilik bersama sudah memberi kesan positif terhadap kewangan mereka.

Laporan itu menyatakan: “Kami terus melihat manfaat daripada program pengurangan kos operasi dan tenaga kerja yang dilaksanakan tahun lalu, bersama peningkatan prestasi di tengah padang.”

United turut mengesahkan kerja perancangan terus berjalan di belakang tabir bagi merealisasikan “hasrat membina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk”.

Related Posts

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

AKADEMI Chelsea dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Bukan saja dari segi pemain dilahirkan untuk mengukuhkan skuad utama, malah dari sudut keuntungan yang dijana untuk kelab sejak kebelakangan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA