AMK bidas Fadhli Shaari, sindiran program korban PM dianggap tidak matang

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari yang menyindir program korban dan bantuan asnaf dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Aidiladha, dengan menyifatkannya sebagai sindiran politik tidak matang.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sambutan Aidiladha sepatutnya dijadikan medan menyemai nilai pengorbanan, perpaduan dan kasih sayang sesama masyarakat, bukannya dijadikan pentas untuk memperlekeh usaha membantu rakyat serta golongan memerlukan.

“Kenyataan sinis berhubung sumbangan lembu korban itu hanya mewujudkan persepsi politik yang tidak sihat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Fadhli menerusi hantaran di Facebook secara sinis memuji Anwar yang tetap menyumbang 80 ekor lembu korban untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Permatang Pauh, Pulau Pinang walaupun tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan berkata, lebih 700 ekor lembu korban disumbangkan tahun ini menerusi Program Majlis Korban Kasih MADANI hasil peruntukan dan sumbangan yang diselaraskan atas kapasiti Perdana Menteri bagi tujuan kebajikan rakyat di seluruh negara.

Katanya, program berkenaan dilaksanakan di pelbagai kawasan Parlimen seluruh negara dan diselaraskan oleh AMK Malaysia dengan kerjasama pelbagai yayasan, pertubuhan, persatuan serta rakan strategik bagi memastikan manfaat ibadah korban sampai kepada golongan memerlukan.

“Usaha ini merupakan gerakan kebajikan berskala besar yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

“Walaupun Anwar tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri, beliau tetap melaksanakan amanah sebagai ketua kerajaan dan Menteri Kewangan dengan memastikan bantuan serta peruntukan kebajikan disalurkan secara adil ke seluruh negara termasuk negeri ditadbir pembangkang.

“Malah rakyat di Kelantan termasuk di Parlimen Pasir Mas sendiri tidak pernah dipinggirkan daripada menerima pelbagai bentuk bantuan dan manfaat di bawah Kerajaan MADANI,” ujarnya.

Sebelum itu, Muhammad Kamil turut menyertai penduduk Kampung Ribu, Kuala Kangsar dalam Program Korban Perdana MADANI yang melibatkan 10 ekor lembu korban dan memberi manfaat kepada lebih 2,000 penerima.

Menurutnya, di kawasan Parlimen Padang Rengas sahaja, hampir 50 ekor lembu korban diagihkan kepada masjid, surau, rumah anak yatim, pusat tahfiz, persatuan dan penduduk setempat.

Related Posts

UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sekali lagi mengkritik Pas secara terbuka susulan kemelut hubungan antara kedua-dua parti yang semakin berpanjangan dalam Perikatan Nasional (PN). Menerusi satu hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017