Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

ASTON Villa menamatkan penantian 30 tahun untuk menjulang trofi apabila membelasah SC Freiburg 3-0 dalam final Liga Europa awal pagi tadi.

Jaringan Youri Tielemans, Emiliano Buendia dan Morgan Rogers memastikan Villa meraih trofi major pertama sejak menjuarai Piala Liga Inggeris pada tahun 1996.

Kejayaan itu juga menghadiahkan trofi Eropah pertama buat Villa sejak muncul juara Piala Eropah pada tahun 1982 selepas menewaskan Bayern Munich di final.

Pengendali Villa, Unai Emery, terus mengukuhkan reputasinya sebagai pakar pertandingan itu apabila meraih gelaran Liga Europa kelima sepanjang karier.

Sebelum ini Emery memenangi trofi berkenaan tiga kali bersama Sevilla dan sekali ketika membimbing Villarreal.

Kemenangan itu turut menyaksikan Emery menyamai rekod lima trofi Eropah milik Carlo Ancelotti, Jose Mourinho dan Giovanni Trapattoni.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan