Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

LAHAD DATU – Pihak majikan di negeri ini disarankan untuk menyertai program pendataan digital warga asing menerusi Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah (SWIMS).

Jabatan Imigresen Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah itu bagi mengurus dan merekod keberadaan pekerja asing di negeri ini.

“Sistem ini sekali gus membantu mengekang isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan masalah dokumentasi pelbagai dokumen di Sabah.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana majikan yang didapati melindungi atau menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah,” menurut kenyataan itu pada Facebook rasmi Imigresen Sabah.

Menurut Imigresen Sabah, majikan yang melanggar peraturan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk denda sehingga RM50,000, hukuman penjara serta sebatan bagi kesalahan bersubahat atau melindungi PATI.

Dalam perkembangan berasingan, seramai 112 PATI warga Filipina daripada Depot Imigresen Kota Kinabalu dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Lahad Datu ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menggunakan feri komersial.

Kesemua tahanan PATI terdiri daripada 63 lelaki, 34 wanita dan 15 kanak-kanak berumur antara 4 bukan hingga 66 tahun.

Untuk rekod, seramai 1,947 orang tahanan PATI warganegara Filipina daripada jumlah keseluruhan iaitu 3,085 tahanan PATI warganegara asing telah dipindahkan ke negara asal.

Foto : Imigresen Sabah

Related Posts

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

BINTULU – Penganjuran Program Satelit Program MADANI Rakyat (PMR) KEMAS Tahun 2026 Siri 3 dengan kerjasama komuniti setempat menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

SERI ISKANDAR – Seorang lelaki tempatan maut dipercayai akibat ditikam dalam satu kejadian pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei