Sukan SEA 2027: RM636.5 juta diperuntuk naik taraf 11 kemudahan sukan

KUCHING – Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM636.5 juta bagi menaik taraf 11 kemudahan sukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) sebagai persiapan awal untuk menjadi penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, proses menaik taraf kesemua fasiliti berkenaan kini berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurut beliau, projek naik taraf Stadium Sarawak yang memakan masa selama 12 bulan dijangka siap sepenuhnya pada 29 Januari 2027.

“Sementara itu, kerja membaik pulih dan menaik taraf 10 kemudahan lain pula dijangka bermula pada suku kedua tahun 2026.

“Fasiliti yang terlibat termasuklah Stadium Perpaduan, Arena Boling Padang, Pusat Latihan Wushu, Pusat Tenis Sarawak, Padang Sasar Menembak Sarawak, Pusat Skuasy Sarawak dan Padang Kriket dan Ragbi.

“Turut dinaik taraf ialah Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Pusat Memanah Sarawak dan Pusat Petanque Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Kesembilan Belas pada Selasa.

Tambah Abdul Karim, kesemua kemudahan sukan tersebut disasarkan siap dan dapat beroperasi sepenuhnya menjelang suku pertama dan kedua tahun 2027.

Jelas beliau, suntikan dana yang besar daripada kerajaan Sarawak membuktikan komitmen serius dalam memastikan setiap aspek persiapan, fizikal dan pengurusan berjalan dengan lancar, profesional serta menepati jadual.

Sarawak diamanahkan peranan yang besar apabila terpilih untuk menganjurkan 17 daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan SEA Malaysia 2027.

Selain itu, Sarawak juga diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian yang dijadualkan berlangsung pada 18 September 2027 di Stadium Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar