Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

SEPANGGAR – Isu berkaitan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) perlu diperhalusi susulan wujud kekeliruan berkaitan pelaksanaannya di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Menurutnya, perkara itu sudah dibangkitkan menerusi kunjungan Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Sabah yang menyuarakan kebimbangan terhadap isu berkenaan.

“Saya sudah ditemui dan dikunjungi oleh kesatuan itu dan saya diberi taklimat daripada Badan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak tentang isu ini.

“Saya dapati ada sedikit kekeliruan dalam akta ini yang mungkin perlu diperhalusi,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang MADANI SPM 2025 Parlimen Sepanggar di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu, pada Isnin.

Jelasnya, sesi libat urus melibatkan agensi berkaitan perlu diadakan bagi mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

“Kalau perlu kita minta supaya kerajaan negeri bawa perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 jika tidak dapat diselesaikan di peringkat agensi.

“Kalau tidak selesai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal, kita akan bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya

Beliau turut menegaskan bahawa isu-isu imigresen, termasuk masalah individu tanpa kerakyatan atau stateless, merupakan perkara yang perlu ditangani dengan penuh hormat dan berhati-hati.

“Kita akan memastikan urusan berkaitan imigresen terus kekal di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar