Tindakan keluar PKR perkara biasa – Mustapha

SEPANGGAR – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menyifatkan tindakan beberapa pemimpin meninggalkan parti berkenaan sebagai perkara biasa dan tidak mengejutkan parti itu.

Katanya, PKR sudah melalui pelbagai situasi sama seperti sebelum ini dan matang dalam menghadapi cabaran sedemikian.

“Kita sudah masak dengan perkara begini jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pimpinan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Program Anugerah Cemerlang Madani 2025 di Sepanggar, pada Isnin.

Menurutnya, PKR menghormati pendirian mana-mana pemimpin yang memilih haluan berbeza, namun perjuangan parti akan diteruskan seperti biasa.

“Kita hormati pandangan mereka tapi kita seperti biasa, kita akan terus bergerak sebab bagi kami ini adalah proses-proses pemurnian parti jadi kita akan teruskan perjuangan.

“PKR bersedia menghadapi sebarang situasi termasuk tindakan pemimpin yang tidak lagi mahu bersama parti itu.

“Kita bersedia untuk menghadapi siapa saja seperti juga kita hadapi isu-isu sebelum ini,” tegasnya.

Pada Ahad, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan keputusan meninggalkan PKR selepas dikatakan hilang keyakinan terhadap hala tuju serta kepimpinan parti itu.

Related Posts

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) berada di landasan kukuh untuk terus mentadbir Johor apabila mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan menguasai 41 kerusi Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan