Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

ARAU – Isu sistem parkir berpalang yang sebelum ini diumumkan dibatalkan kerajaan negeri kembali menjadi perhatian apabila dibangkitkan secara terbuka dalam Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat di sini baru-baru ini.

Program dialog bersama rakyat yang dihadiri Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah itu pada awalnya berlangsung tenang sebelum bertukar tegang apabila beberapa isu berkaitan pentadbiran negeri mula dipersoalkan.

Penganalisis politik, Datuk Dr Syed Azuan Al-Idrus berkata, isu sistem Smart Parking termasuk parkir berpalang masih menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sistem tersebut didakwa masih belum ditanggalkan walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah mengumumkan pembatalannya.

Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pengurusan sampah dan dakwaan berkaitan integriti pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Suasana mula tegang apabila Syed Azuan menegur Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth yang dilihat menepuk tangan ketika beliau bercakap mengenai syarikat pengendali parkir berkenaan.

Bagaimanapun, Abu Bakar dilihat cuba menenangkan keadaan sebelum situasi kembali terkawal selepas campur tangan urus setia program dan beberapa anggota polis yang berada di lokasi kejadian.

Pada Januari lalu, kerajaan negeri mengumumkan sistem parkir berpalang yang pernah dirancang tidak akan diteruskan selepas mengambil kira pelbagai pandangan termasuk daripada MPK.

Menurut Abu Bakar, sistem parkir berbayar tetap diteruskan namun tanpa penggunaan palang fizikal di kawasan parkir awam.

Katanya, pengurusan sistem tersebut akan diserahkan kepada MPK bersama syarikat pengendali parkir berkaitan.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan