Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

KUANTAN – Seorang pekerja ladang maut selepas dipercayai tertimpa tandan buah kelapa sawit seberat kira-kira 15 kilogram di ladang sawit dekat FELDA Bukit Goh, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Nor Apian Md Said, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua rakan menyambung semula kerja mengambil buah sawit selepas berehat.

“Dua rakan segera mendapatkan mangsa apabila mendapati beliau tiba-tiba rebah. Mangsa tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai tertimpa buah sawit yang dipotong.

“Menurut saksi ketika kejadian, mata sabit digunakan mangsa masih terlekat pada pelepah pokok sawit dianggarkan setinggi 12 meter,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Ashari berkata, kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada pemilik ladang sebelum satu laporan polis dibuat.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Goh yang tiba di lokasi,” tambahnya.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit