‎PGRS cadang struktur baharu, kurangkan bahagian dari 74 kepada 26‎

KOTA KINABALU – Langkah Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) membawa pindaan penstrukturan jumlah bahagian parti daripada 74 kepada 26 disifatkan sebagai tindakan strategik bagi memperkukuh organisasi dan gerak kerja parti menghadapi cabaran politik semasa.

‎Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pindaan yang dibawa menerusi agenda Persidangan Agung Khas PGRS di bawah Fasal 16.1 itu bukan sekadar perubahan dari sudut angka, sebaliknya melibatkan usaha menyusun semula kekuatan parti agar lebih tersusun dan berkesan.

‎”Struktur baharu itu dijangka membantu mengurangkan pertindihan gerak kerja selain mempercepat penyampaian arahan kepada jentera di peringkat akar umbi.

‎“Penstrukturan daripada 74 bahagian kepada 26 bahagian bukan sekadar perubahan angka, tetapi usaha memperkukuh gerak kerja parti supaya lebih fokus, lebih mudah diselaraskan dan lebih berupaya digerakkan secara menyeluruh.

‎“Dalam keadaan politik hari ini yang semakin mencabar, parti memerlukan organisasi yang bukan sahaja besar dari segi sokongan, tetapi juga kuat dari segi disiplin, penyelarasan dan keberkesanan jentera,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

‎Tambahnya, pindaan itu juga perlu dilihat sebagai langkah memperkukuh perpaduan dalaman parti apabila gerak kerja disusun mengikut struktur yang lebih kemas dan terselaras.

‎”Penstrukturan tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai pengurangan peranan mana-mana pihak, sebaliknya penyusunan semula kekuatan bagi memastikan PGRS terus kekal sebagai parti tempatan Sabah yang mantap dan dekat dengan rakyat.

‎”Kekuatan PGRS amat penting dalam memastikan kestabilan GRS dan kerajaan negeri terus terpelihara.

‎“PGRS yang tersusun dan kukuh akan turut memperkukuh GRS sebagai gabungan politik tempatan yang menjadi tunjang kepada kestabilan Sabah.

‎“Saya percaya langkah ini mencerminkan keberanian dan kebijaksanaan kepimpinan Hajiji Noor selaku Presiden PGRS dan Pengerusi GRS dalam melakukan penyesuaian yang perlu demi masa depan parti,” tegasnya.

‎Nizam berkata, semua pihak perlu melihat pindaan tersebut dengan jiwa besar kerana ia bukan soal mengecilkan ruang atau mengurangkan peranan, sebaliknya usaha menyusun semula kekuatan parti agar lebih bersedia dan tersusun dalam meneruskan perjuangan membela rakyat serta mempertahankan kepentingan Sabah.

Related Posts

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah tampil menjelaskan beberapa isu dan dakwaan yang tular di media sosial berhubung pelaksanaan perkhidmatan BAS.MY Kota Kinabalu di bawah Program Stage…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga tempatan yang didapati menyewakan premis perniagaan kepada orang ketiga termasuk pelarian Rohingya untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

Sabah catat penurunan 5.9 peratus kadar penagih, penyalahgunaan dadah serta bahan

Sabah catat penurunan 5.9 peratus kadar penagih, penyalahgunaan dadah serta bahan

Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian

Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian