Isu UEC: Keputusan kerajaan dibuat secara seimbang – PMX

IPOH – Keputusan kerajaan berhubung isu kelulusan diberikan kepada lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dibuat secara seimbang dan tidak wajar dipolitikkan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, kemasukan pelajar lulusan UEC ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tetap tertakluk kepada syarat ketat termasuk wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, syarat sama turut dikenakan kepada semua aliran sekolah termasuk sekolah antarabangsa, maahad tahfiz dan aliran Arab.

“Sekolah antarabangsa juga dikenakan syarat sama, begitu juga maahad tahfiz dan aliran Arab yang sebelum ini lebih menumpukan kurikulum dalam bahasa Arab.

“Kita tetapkan semua pelajar perlu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, termasuk pelajar UEC,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di Casuarina@Meru, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu di IPTA.

Bagi calon daripada aliran berkenaan yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh, mereka boleh memohon semua program pengajian melalui sistem UPUOnline berdasarkan merit dan pakej mata pelajaran ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam pada itu, Anwar turut mengimbau suasana rundingan berkaitan UEC kira-kira 40 tahun lalu ketika beliau menerajui Kementerian Pendidikan.

Katanya, ketika itu sekolah Cina dilihat terpisah daripada arus pendidikan kebangsaan dan pemimpin persatuan pendidikan enggan bertutur dalam bahasa Melayu.

“Malah ketika rundingan berlangsung, Ketua Pengarah Pendidikan ketika itu, Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Arshad berasa tersinggung hingga meninggalkan majlis.

“Namun hari ini suasana sudah berubah apabila semua wakil persatuan bercakap dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan lebih 80 peratus pelajar sekolah Cina kini mengambil peperiksaan SPM.

“Dalam kehidupan perlu ada semangat tolak ansur, namun perkara yang tidak boleh dikompromi dalam isu UEC ialah soal bahasa,” katanya.

Foto: Bernama

Related Posts

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan menghadapi prosiding reman berasingan sebelum menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen 2, pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat