JHL Sabah tegas banteras jenayah hidupan liar

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menegaskan komitmennya dalam membanteras sebarang aktiviti jenayah hidupan liar yang mengancam kelestarian spesies di negeri ini.

Pengarahnya, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, pihaknya memandang serius terhadap sebarang aktiviti jenayah hidupan liar yang mengancam kelestarian spesies hidupan liar di negeri ini.

“JHL Sabah menghargai kerjasama strategik bersama Perisikan Siasatan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah hidupan liar di negeri ini.

“JHL berharap lebih banyak kes dapat dikesan serta diambil tindakan tegas sebagai langkah pencegahan terhadap penjenayah hidupan liar,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Mohd Soffian, JHL bersama PDRM melalui Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bukit Aman berjaya merampas pelbagai bahagian hidupan liar dipercayai daripada spesies dilindungi.

“Rampasan dibuat dalam satu Operasi Bersepadu khazanah di sebuah premis perniagaan Jalan Gaya pada Rabu.

“Dalam operasi itu pihak penguatkuasa merampas pelbagai bahagian hidupan liar dipercayai daripada spesies dilindungi termasuk 16 batang gigi taring disyaki spesies babi hutan, sembilan batang gigi disyaki spesies harimau, 10 batang gigi disyaki spesies beruang, serta sejumlah produk sarang burung walit pelbagai berat dan 13 biji batu disyaki daripada spesies landak,” kongsinya.

Tambahnya, serbuan tersebut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) dan Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki, menyimpan dan mempamerkan bahagia hidupan liar tanpa kebenaran yang sah.

Mohd Soffian turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah hidupan liar untuk menyalurkan maklumat kepada JHL Sabah bagi membantu usaha perlindungan hidupan liar.

Related Posts

Biasiswa ‘Silk Road’ China kini dibuka kepada pelajar Malaysia

KOTA KINABALU – Kibing Group bersama Changsha University of Science and Technology (CSUST) dengan sokongan Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka peluang kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian di China menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

IPOH – Permohonan peruntukan khas akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan mitigasi banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biasiswa ‘Silk Road’ China kini dibuka kepada pelajar Malaysia

Biasiswa ‘Silk Road’ China kini dibuka kepada pelajar Malaysia

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

Isu eksport pasir sungai dibincang minggu depan

Isu eksport pasir sungai dibincang minggu depan

Pahang tidak terima bayaran untuk kawasan diwarta Taman Negara

Pahang tidak terima bayaran untuk kawasan diwarta Taman Negara

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin