Insurans tambahan e-hailing perlu reformasi, sistem lapuk bebankan komuniti gig

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk melaksanakan reformasi terhadap mekanisme pelaksanaan insurans tambahan e-hailing yang didakwa tidak adil dan kurang mampan kepada komuniti gig.

Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Masrizal Mahidin berkata, sistem sedia ada kepada pemandu e-hailing ketika ini juga bersifat lapuk serta tidak lagi relevan dengan realiti ekonomi gig moden yang lebih fleksibel dan pelbagai bentuk operasi.

Menurut beliau, struktur insurans sedia ada gagal mencerminkan realiti sebenar ekonomi gig yang bergantung kepada fleksibiliti di samping membebankan pemandu berikutan kos perlindungan tambahan dikenakan tanpa mengambil kira corak operasi sebenar sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.

“Hari ini, ramai pemandu terpaksa menanggung premium tambahan yang semakin meningkat saban tahun. Bagi pemandu sepenuh masa, ini sudah cukup membebankan manakala untuk mereka buat bagi separuh masa, keadaannya lebih tidak seimbang.

“Bayangkan seorang pemandu hanya memandu pada hujung minggu atau beberapa jam selepas waktu kerja tetap namun dibeban dengan struktur kos tahunan yang pada asasnya direka seperti mereka menggunakan platform secara komersial sepenuh masa. Ini mewujudkan ketidakadilan ekonomi yang nyata,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Masrizal berpandangan, tekanan kos berterusan itu mewujudkan risiko pemandu mengabaikan untuk tidak memperbaharui pembaharuan perlindungan insurans, sekali gus meningkatkan risiko sistemik terhadap industri secara keseluruhan.

“Apabila sesetengah platform mempunyai akses kepada model perlindungan yang lebih fleksibel sementara yang lain tidak, ia mewujudkan ketidakseimbangan pasaran. Pemandu akan terdorong untuk kekal dalam platform tertentu.

“Bukan kerana nilai perkhidmatan atau insentif operasi yang lebih baik, tetapi kerana kekangan struktur insurans. Ini menghadkan kebebasan ekonomi pemandu untuk bergerak antara platform.

“Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh membawa kepada penumpuan pasaran tidak sihat. Persaingan menjadi lemah. Pilihan pemandu menjadi sempit dan akhirnya pengguna akan menerima kesan negatif daripada pasaran yang kurang kompetitif,” katanya.

Dalam pada itu, Masrizal yang juga dikenali sebagai Jose berkata, situasi itu akan menyebabkan pemandu terpaksa terikat dengan platform tertentu hanya kerana kekangan struktur insurans, bukan berdasarkan kualiti perkhidmatan.

“Jika sesuatu perlindungan diwujudkan kerana operasi komersial yang menjana keuntungan kepada platform, maka kos tersebut tidak boleh diletakkan di bahu pemandu semata-mata.

“Ini yang dimaksudkan dengan co-contribution model, platform mendapat manfaat ekonomi daripada pemandu manakala pemandu menyediakan tenaga kerja serta menanggung risiko operasi,” katanya.

Sementara itu, Jose turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengadakan libat urus berterusan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membincangkan beberapa reformasi utama.

Katanya, antara cadangan yang diketengahkan adalah akses insurans haria lebih meluas, mekanisme kelulusan telus untuk semua operator, kebolehgunaan perlindungan merentas platform, serta pembangunan model perkongsian kos antara platform dan pemandu.

“Ini bukan sekadar soal insurans, tetapi soal bagaimana Malaysia mahu mentadbir masa depan ekonomi digitalnya. GEM akan terus berdiri teguh memperjuangkan tiga prinsip asas iaitu keadilan untuk pemandu, akauntabiliti untuk platform dan kelestarian jangka panjang untuk industri.

“Masa depan ekonomi gig Malaysia mesti dibina atas asas keseimbangan, tanggungjawab bersama dan kemakmuran bersama. Bukan atas ketidakseimbangan struktur yang akhirnya melemahkan seluruh ekosistem,” katanya.

Related Posts

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

KULIM – Polis sentiasa melakukan operasi bagi membanteras kegiatan dadah di pulau peranginan itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, istilah ‘Pablo Escobar’ yang digunakan tidak berapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS–JBPM terajui inovasi teknologi pemadaman kebakaran bateri litium

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam membangunkan inovasi teknologi pemadaman kebakaran bateri litium bagi menangani cabaran baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri

Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri

Geng Acu curi kabel ECRL tumpas

Geng Acu curi kabel ECRL tumpas

ADUN Pending mohon pencerahan struktur bayaran pengurusan pekerja asing

ADUN Pending mohon pencerahan struktur bayaran pengurusan pekerja asing

UMS–JBPM terajui inovasi teknologi pemadaman kebakaran bateri litium

UMS–JBPM terajui inovasi teknologi pemadaman kebakaran bateri litium

Padah curi peralatan binaan, dua lelaki warga asing dicekup

Padah curi peralatan binaan, dua lelaki warga asing dicekup