Padah curi peralatan binaan, dua lelaki warga asing dicekup

MUKAH – Tindakan dua lelaki warga asing melarikan peralatan kerja pembinaan membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam dua serbuan berasingan di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan diterima daripada seorang pengurus syarikat pada 3 Mei lalu berhubung kehilangan peralatan binaan di Kampung Tellian Tengah.

Menurutnya, pengadu mendakwa dua pekerjanya itu telah melarikan diri bersama barangan milik syarikat yang dianggarkan bernilai RM5,000.

“Hasil risikan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menyerbu sebuah pondok kayu di Kampung Sesok kira-kira jam 12 tengah hari dan menahan suspek pertama berusia 34 tahun.

“Serbuan kedua kemudiannya dilakukan pada jam 1 tengah hari di sebuah rumah kongsi di Jalan Desa Tanjung yang membawa kepada penangkapan suspek kedua berusia 33 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Muhamad Rizal berkata, pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum selepas kedua-dua suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan.

Tambahnya, hasil pemeriksaan lanjut berjaya menemukan semula barangan yang dicuri termasuk mesin gerudi dan gergaji.

“Malah, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek turut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya.

Jelas beliau, kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari sehingga 18 Mei ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

IPOH – Permohonan peruntukan khas akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan mitigasi banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

KUNAK – Pemimpin akar umbi berperanan sebagai jambatan utama dalam menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat di samping menjadi suara masyarakat dalam menyuarakan keperluan dan isu setempat. Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

Isu eksport pasir sungai dibincang minggu depan

Isu eksport pasir sungai dibincang minggu depan

Pahang tidak terima bayaran untuk kawasan diwarta Taman Negara

Pahang tidak terima bayaran untuk kawasan diwarta Taman Negara

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri

Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri