Tepung 6.2 tan disorok sebalik muatan sah dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas 314 beg tepung seberat 6,280 kilogram yang dipercayai tidak diikrar dalam pemeriksaan ke atas sebuah lori bernombor pendaftaran Thailand di Bay Pemeriksaan Import, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, kelmarin.

Rampasan kira-kira pukul 3.50 petang itu dilakukan selepas imej imbasan mesin X-Ray menunjukkan terdapat ketidakselarasan pada muatan lori berkenaan.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisiiner Fauzi Mohd Yusof berkata, pemeriksaan lanjut oleh sepasukan pegawai AKPS mendapati dagangan dipercayai tidak diikrar itu disembunyikan di sebalik barang yang telah diikrarkan dalam dokumen kastam.

“Dagangan terbabit dipercayai cuba dibawa masuk bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa selain mengaburi pemeriksaan terhadap muatan sebenar lori tersebut.

“Rampasan melibatkan sebanyak 314 beg tepung dengan anggaran berat keseluruhan 6,280 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, nilai anggaran kasar rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM50,240.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membuat pengikraran tidak benar berkaitan dagangan yang dibawa masuk ke negara ini.

Beliau berkata, AKPS akan terus memperketatkan kawalan di pintu masuk negara bagi memastikan setiap dagangan yang dibawa masuk mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengelak cukai atau membuat pengikraran palsu,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu