Lelaki disyaki pengedar syabu tumpas di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas polis menerusi Op Tapis Khas di sekitar kawasan Kabong pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Maggie berkata, operasi yang bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang itu diketuai oleh Inspektor Henry bersama Pasukan Task Force Khas Op Tapis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

Menurutnya, bertindak atas maklumat dan risikan, pihak polis telah menjejaki dan melakukan pemeriksaan ke atas suspek yang berusia 32 tahun itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas beg silang milik suspek telah membawa kepada penemuan tujuh peket plastik lut sinar yang berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan seberat 2.7 gram dan suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut termasuk ujian saringan awal air kencing,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mathew berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Jelas beliau, semakan rekod turut mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 2019.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 atas kesalahan memiliki dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” ujarnya.

Related Posts

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

SIK – Keadaan air Tasik Gubir di Empangan Muda, di sini yang surut susulan cuaca panas dan musim kemarau menjejaskan pendapatan nelayan darat di kawasan itu apabila hasil tangkapan ikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

SHAH ALAM – Semangat sambutan Maulidur Rasul wajar diterjemahkan melalui amalan kasih sayang bagi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan saling menghormati, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM