Politik, perniagaan bukan kepakaran saya – Azam

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menolak untuk menyertai dalam dunia politik selepas persaraannya yang bermula pada Selasa.

Beliau berkata, politik dan perniagaan bukanlah bidang yang akan akan disertainya kelak namun telah memberi bayangan akan terus menyumbang kepada rakyat dan negara selepas menamatkan perkhidmatan rasminya.

Menurutnya, beliau tetap mahu terus bekerja dan menyumbang tenaga selagi termampu kerana menganggap khidmat kepada negara sebagai satu kepuasan diri.

“Tidak adalah, politik jauh sekali pada saya setakat ini sebab politik bukan bidang saya. Perniagaan pun tidak. Saya pun tidak reti hendak berniaga.

“Saya orang lelaki yang tetap akan bekerja sehingga satu hari  dikerandakan dalam masjid. Ya, faham-fahamlah maksud itu.

“Saya akan bekerja menyumbang apa yang saya boleh kepada negara, kepada rakyat kerana perkara ini satu kepuasan kepada diri,” katanya menerusi Podcast Kolar Hitam Bukan Sekadar Operasi terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang disiarkan di YouTube, pada Isnin.

Dalam pada itu, Azam secara berseloroh berkata, beliau hanya tahu bermain saham sehingga menyebabkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli marah kepada dirinya.

“Main saham saya retilah, itu yang Rafizi marah. Tidak apa, saya gurau ya. YB Rafizi, saya pun tidak pernah marah dengan dia pun,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan akan terus memerhati perkembangan SPRM dari luar sebagai orang awam.

Katanya, pada masa sama, beliau juga akan bersuara serta memberikan pandangan yang baik dan membina demi memastikan SPRM terus kekal relevan dan dihormati

“Dunia ini bukan untuk dirunsingkan, tetapi untuk diuruskan. Bila menguruskan dunia ini, uruskan dengan berhemah dan lebih baik agar menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat.

“SPRM ini perlu diuruskan, kalau saya hendak pencen pun perlu diuruskan, ssebagai lelaki,  kita ini tetap akan bekerja sehingga satu hari dikerandakan dalam masjid,” katanya.

Azam berkata, beliau juga bersedia berkongsi pengalaman dengan mana-mana pihak terutama rakan-rakan serta warga SPRM yang pernah bekerja bersamanya.

Menurut beliau, walaupun tidak lagi bersama SPRM secara rasmi, beliau akan terus mengikuti perkembangan agensi itu dan bersedia memberikan pandangan membina sekiranya diperlukan.

“Itulah saya selepas bersara, Kalau perlukan apa-apa nasihat, kalau diperlukan saya akan bersedia untuk menyumbang.

“Saya tidak akan marah pun jika ada tindakan SPRM yang saya tidak setuju tetapi jika sudah sampai masa mungkin saya nak bersuara, saya juga akan bersuara dengan memberi pandangan yang baik serta membina,” katanya.

Dalam pada itu, Azam memaklumkan, dirinya akan terus menjaga keterampilan dan bersukan selepas bersara kerana ia penting bagi membentuk keyakinan diri.

“Terus terang saya katakan bila saya jadi Ketua Pesuruhjaya, keterampilan itu penting untuk organisasi. Selepas pencen pun saya akan jaga keterampilan saya,” katanya.

Related Posts

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

PESTA sukan air Baram Regatta lazimnya diraikan dengan penuh kemeriahan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak. Namun, di sebalik sorakan dan perlumbaan perahu yang mendebarkan, masih ramai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib mencuri tumpuan apabila tampil mengenakan pakaian tradisional masyarakat Bidayuh sempena Program Niti Daun Peringkat Daerah Mukah 2026 pada Sabtu. Kehadiran Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi