HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

IPOH – Komitmen memastikan pendidikan tidak terhenti walaupun dalam situasi kesihatan mencabar terus dizahirkan apabila Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) melaksanakan inisiatif Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang mula beroperasi pada 27 April lalu.

Menurut kenyataan HRPB, pelaksanaan SDH membuktikan bahawa kesakitan bukan penghalang untuk kanak-kanak meneruskan pembelajaran, malah menjadi sebahagian daripada pendekatan rawatan holistik yang menitikberatkan perkembangan menyeluruh pesakit.

“Pihak HRPB komited memastikan setiap anak mempunyai peluang untuk belajar dalam persekitaran yang kondusif dan berstruktur walaupun sedang menerima rawatan,” menurut kenyataan itu.

Program hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia itu digerakkan dengan penempatan empat guru oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Mereka melaksanakan sesi pengajaran secara fleksibel, disesuaikan mengikut tahap kesihatan dan keupayaan murid.

Terdahulu, sesi libat urus pada 17 April lalu yang melibatkan Pengarah JPN Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar bersama Pengarah HRPB, Dr. Fakhruddin Amran, telah memperkukuh penyelarasan serta kelancaran pelaksanaan program berkenaan.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan SDH bukan sahaja menangani isu keciciran pembelajaran dalam kalangan pesakit kanak-kanak, malah menyediakan ruang pembelajaran khas yang lebih tersusun, inklusif dan mesra pesakit.

“Pendekatan pengajaran yang disesuaikan dengan keadaan kesihatan murid memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan tanpa menjejaskan rawatan.

“Usaha ini sekali gus memberi sinar baharu serta motivasi kepada pesakit untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik walaupun berdepan cabaran kesihatan,” jelasnya.

Sehingga Mac 2026, lebih 20 Sekolah Dalam Hospital telah dilaksanakan di seluruh negara, dengan inisiatif itu dijangka terus diperluaskan bagi memastikan akses pendidikan yang adil kepada semua kanak-kanak tanpa mengira keadaan kesihatan.

Foto: FB HRPB

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan