PENGKALAN RAMA – Isu ketirisan kewangan Masjid Fat’hur Rahman dilihat ‘disenyapkan’ calon Barisan Nasional (BN) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd Noor Helmy Abdul Halem apabila tiada tindakan susulan diambil untuk permasalahan itu.
Bekas Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) Masjid Fat’hur Rahman yang dikenali sebagai Ridzuan berkata, hasil audit dilaksanakan akauntan bertauliah dilantik pihaknya mempamerkan wujud ketirisan, selain kedudukan kewangan masjid yang didakwa mengalami defisit.
Menurut beliau, Fadhli berkata, beliau turut mengadakan pertemuan Mohd Noor Helmy ppada November 2023 bagi menyampaikan teguran serta beberapa cadangan untuk memperbaiki pengurusan masjid berkenaan.
“Kita pernah buat audit luar dan memang ada banyak perkara berkaitan ketirisan yang berlaku. Cuma waktu itu kita mendapat nasihat supaya tidak membuat laporan kepada agensi berkaitan.
“Namun, kalau perkara ini tidak ditegur atau diambil tindakan, ia akan terus berulang dan akhirnya tiada siapa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
“Saya bercakap hampir sejam bersama beliau sepanjang itu beliau mendengar semua perkara yang saya bangkitkan tanpa membantah. Saya tidak mahu perkara sama terus berulang kerana masjid adalah institusi agama yang perlu dijaga amanahnya,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau mendakwa keadaan pengurusan masjid semakin membimbangkan apabila beberapa kutipan dana awam atau crowdfunding diperkenalkan bagi tujuan berlainan, termasuk pembelian tanah, pembinaan kolah dan kerja berkaitan kemudahan parkir.
Fadhli mendakwa Helmy pernah berjanji untuk menukar pengerusi masjid dalam tempoh setahun, namun perkara itu tidak dilaksanakan sehingga kini.
“Pendedahan itu bukan bertujuan menyerang peribadi Helmi kerana hubungan baik antara mereka masih terpelihara, sebaliknya mahu memastikan pengurusan institusi agama berkenaan diberi perhatian sewajarnya.
“Isu itu juga menunjukkan kepentingan semak dan imbang terhadap wakil rakyat, terutama apabila membabitkan pengurusan institusi agama, agensi serta kepentingan masyarakat.
“Kalau masjid pun boleh berlaku perkara seperti ini, apatah lagi institusi lain seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri dan agensi kerajaan,” katanya.
Sebab itu, beliau menegaskan, kita perlukan satu blok pembangkang yang kuat supaya wujud keseimbangan dan semak dan imbang dalam DUN.


