48 projek RMK12 lonjak Mukah sebagai hab ekonomi baharu Sarawak

MUKAH – Pelaksanaan 48 projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal memperkukuh momentum transformasi Mukah untuk muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang signifikan di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebahagian daripada projek berkenaan telah siap sepenuhnya manakala baki projek kini sedang dilaksanakan secara berfasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurutnya, pembangunan infrastruktur kekal menjadi agenda keutamaan kerajaan negeri dengan peruntukan melebihi RM4 bilion disalurkan khusus bagi projek jalan raya dan jambatan di seluruh bahagian tersebut.

“Peruntukan besar ini bertujuan meningkatkan ketersambungan antara kawasan bandar dan luar bandar, sekali gus merangsang aktiviti ekonomi setempat secara lebih holistik.

“Apabila rangkaian jalan raya dan jambatan ini siap sepenuhnya kelak, ia akan membuka lebih banyak peluang perniagaan serta memudahkan akses kepada pasaran yang lebih luas buat penduduk di Mukah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak sempena majlis perasmian Pesta Kaul 2026 pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Awang Tengah turut menekankan potensi besar Mukah untuk terus berkembang sebagai pusat kecemerlangan digital dan inovasi pada masa hadapan.

Jelas beliau, kehadiran institusi pendidikan serta latihan teknikal di kawasan itu menjadi tulang belakang kepada penyediaan modal insan yang kompetitif bagi memenuhi kehendak industri masa kini.

“Institusi seperti Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Mukah merupakan pemangkin utama dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Langkah ini selari dengan usaha kerajaan untuk menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan yang menjadi teras kepada strategi pembangunan negeri,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kedudukan strategik geografi Mukah di pesisir pantai turut menawarkan peluang cukup luas dalam sektor pertanian moden dan ‘ekonomi biru’ (blue economy).

Tambahnya, inisiatif berkenaan meliputi pelbagai potensi dalam bidang perikanan, akuakultur, maritim, serta tenaga boleh diperbaharui seperti janaan tenaga ombak.

“Segala potensi ini diyakini akan memacu pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan kompetitif, sekali gus meletakkan Mukah sebagai pemain utama dalam peta ekonomi Sarawak,” tegas beliau.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi