55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

KOTA KINABALU – Seramai 55 bakal jemaah haji dari Parlimen Sepanggar menerima sumbangan khas bagi membantu persiapan menunaikan ibadah haji, dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar, Suria Inanam, pada Ahad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, sumbangan itu merupakan inisiatif tahunan Parlimen Sepanggar sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Insya-Allah, kesemua jemaah ini dijadualkan berlepas pada 11 Mei minggu depan. Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mempermudahkan urusan mereka,” katanya kepada media selepas Majlis Sumbangan Jemaah Haji Parlimen Sepanggar, di sini.

Beliau turut mendoakan agar semua jemaah haji Malaysia diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan ibadah serta kembali ke tanah air dengan selamat.

Dalam masa sama, Mustapha menasihatkan bakal jemaah supaya sentiasa mematuhi panduan yang dikeluarkan oleh Tabung Haji dan arahan semasa daripada Kementerian Luar Negeri bagi memastikan keselamatan mereka sepanjang berada di Tanah Suci.

Mengulas kebimbangan berhubung konflik di Asia Barat, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan telah mengambil langkah proaktif termasuk kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Kerajaan melalui Tabung Haji telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan jemaah. Menteri Agama juga telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi bagi menjamin kelancaran ibadah haji rakyat Malaysia.

“Jadi saya harap para jemaah dan keluarga tidak perlu gusar kerana keselamatan mereka sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, beliau berkata, perkara itu turut diteliti di peringkat kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, perbincangan telah diadakan bersama Perdana Menteri dan turut dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu lalu.

“Kita mengambil maklum keprihatinan semua Ahli DUN mengenai perkara ini. Keputusan akan dibuat dengan mengambil kira kedudukan ekonomi dan fiskal negara.

“Jika keadaan mengizinkan, tidak mustahil pemberian khas kepada Sabah dapat dipertingkatkan dalam bajet akan datang,” jelasnya.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan pemberian khas kepada Sabah daripada RM300 juta kepada RM600 juta sebagai langkah memperkukuh kedudukan kewangan negeri.

Related Posts

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

LIMBANG – Penganjuran Agro Tamu Medamit terus menjadi platform penting dalam merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti luar bandar, khususnya di kawasan Medamit dan Batu Danau. Program anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di beberapa pos pedalaman di sini meluahkan kebimbangan apabila projek Jalan Perhubungan Desa yang sedang dibina didakwa terhenti sejak lebih tiga bulan lalu tanpa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan