JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

MELAKA – Lima kenderaan mewah bernilai kira-kira RM2.2 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas lesen kenderaan motor tamat tempoh, selain tiada perlindungan insurans sah.

Semua kereta membabitkan Toyota Vellfire, BMW 523i, BMW X6 xDrive, Mercedes Benz C250 CGI dan Mercedes Benz E250 Avantgarde yang masing-masing disita melalui Op Luxury minggu lalu.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, operasi dijalankan tiga hari bermula 14 April lalu bertujuan mengesan pemilik kenderaan mewah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.

Menerusi operasi itu, JPJ melakukan pemeriksaan rambang terhadap beberapa kenderaan dikenal pasti di Jalan Taman Sentosa, Jalan Padang Keladi, Jalan Taman Merak Mas dan Jalan Bukit Senjuang.

“Hasilnya lima kenderaan mewah disita masing-masing dipandu lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 67 tahun.

“Lebih mengejutkan semakan mendapati pemandu Mercedes Benz C250 CGI dan Mercedes Benz E250 Avantgarde berusia 53 dan 46 tahun tidak memiliki lesen memandu,” katanya, lapor Berita Harian.

Semua kenderaan disita kemudian dibawa ke Depoh Sita JPJ Melaka untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang