Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang ketara kemudahan sokongan autisme di Sabah.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, lebih 400 peserta menyertai program itu, termasuk 83 individu Orang Kurang Upaya (OKU), 100 pengiring dan 60 sukarelawan, mencerminkan solidariti masyarakat dalam menyokong usaha memperkasa kanak-kanak autism dan membawa misi penting mengumpul dana bagi melengkapkan bilik sensori di Pusat Autisme Sabah.

“Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan penyertaan komuniti secara bermakna, tetapi juga turut menyokong usaha untuk menyediakan kemudahan yang mampu meningkatkan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak autisme.

“Kemudahan tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 65 kanak-kanak di bawah seliaan pusat berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Julita mendedahkan realiti lebih mendesak apabila Sabah merekodkan kira-kira 7,057 kanak-kanak autisme, namun hanya 18 pusat pendidikan khas dan kemudahan berkaitan tersedia ketika ini.

“Jurang tersebut menuntut usaha segera untuk memperluaskan akses kepada intervensi awal, khususnya bagi keluarga di luar bandar yang berdepan kekangan maklumat dan perkhidmatan sokongan.

“Bilik sensori yang sedang diusahakan di PAUS bakal menjadi antara inisiatif penting dalam menangani keperluan ini. Ia direka sebagai ruang terapi khusus untuk merangsang dan menenangkan deria seperti penglihatan, sentuhan dan pendengaran, sekali gus membantu kanak-kanak meningkatkan fokus serta mengawal emosi,” jelasnya.

Tambah Julita, usaha memperkasa kanak-kanak autisme tidak boleh digalas kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara komuniti, institusi dan sektor swasta.

“Seiring peningkatan jumlah kes, akses kepada kemudahan dan perkhidmatan sokongan perlu terus diperkukuh agar tiada kanak-kanak tercicir daripada menerima penjagaan, pendidikan dan intervensi yang sewajarnya.

“Antara peralatan yang akan diperlukan termasuk ‘bubble tube’, panel dinding bertekstur, sistem pencahayaan fiber optik serta peralatan integrasi sensori seperti buaian dan permainan lembut,” kongsinya.

Selain larian, program berkenaan turut menampilkan pelbagai aktiviti sokongan termasuk saringan kesihatan, ceramah kesedaran serta aktiviti interaktif berasaskan rangsangan sensori, sekali gus memperkukuh pendekatan holistik terhadap sokongan autisme.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang