Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Oleh: Alif Abd Aziz

PAGOH – Kempen Internet Selamat terus dipergiat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan siber dan penggunaan teknologi secara berhemah.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. dalam program Kempen Internet Selamat yang berlangsung di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail berkata, usaha memperkukuh literasi digital perlu digerakkan secara menyeluruh, khususnya dalam menghadapi peningkatan ancaman jenayah siber.

“Seiring dengan kepesatan capaian internet, taktik penipuan dalam talian juga menjadi semakin canggih. Justeru, literasi digital dalam kalangan rakyat amat penting bagi memastikan mereka mampu melindungi diri daripada ancaman ini,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Ts. Hamdan Samdin; Ketua Polis Daerah Muar, ASP Ammar Bumin Tumiran; serta beberapa ketua jabatan dan agensi berkaitan.

Dalam ucapannya, Fahmi turut menegaskan komitmen kementerian untuk memastikan capaian internet yang lebih menyeluruh dan inklusif, agar tiada kawasan yang tercicir daripada arus pendigitalan negara.

Beliau yang mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan berkata, pemahaman terhadap evolusi teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI), amat penting bagi memastikan rakyat kekal relevan dalam landskap global yang semakin kompetitif.

“Penguasaan teknologi baharu seperti AI bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Ia juga berkait rapat dengan kebolehpasaran kerjaya, khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Mengulas aspek keselamatan, Fahmi memaklumkan bahawa kerajaan memperkenalkan sistem pengesahan identiti digital seperti eKYC (Electronic Know Your Customer) bagi memperkukuh keselamatan transaksi dalam talian serta mengurangkan risiko penipuan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi daripada sumber tidak sah bagi mengelakkan jangkitan perisian hasad (malware), selain menyeru ibu bapa agar memantau penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Menyentuh isu semasa, Fahmi turut memberi penjelasan ringkas berhubung kedudukan dan rasionalisasi harga petrol serta diesel di peringkat domestik, dalam konteks cabaran ekonomi global ketika ini.

Program berkenaan turut menyaksikan sesi dialog terbuka antara menteri dan pelajar, yang memberi ruang kepada golongan belia menyuarakan pandangan serta mendapatkan penjelasan secara langsung mengenai dasar kerajaan.

Menurut Fahmi, pendekatan komunikasi dua hala seperti ini penting dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat, sekali gus mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Kerajaan komited untuk terus memperkukuh hubungan antara kepimpinan, agensi dan masyarakat melalui platform komunikasi yang telus dan berkesan,” katanya.

Beliau berharap kempen seumpama itu akan terus menjadi medium penting dalam membentuk masyarakat celik digital yang bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, malah mampu menggunakannya secara selamat dan bertanggungjawab.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor