Modus operandi tangki IBC diguna seludup diesel bersubsidi

KOTA KINABALU – Aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan minyak diesel melalui Ops Tiris 4.0 diperhebatkan lagi dengan dua tangkapan dibuat di sekitar bandaraya ini pada Isnin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata, hasil risikan oleh Unit Risikan Sabah membawa kepada serbuan di salah sebuah stesen minyak di sekitar bandar Kota Kinabalu.

“Tindakan susulan telah diambil oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN di lokasi bagi memastikan siasatan dan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan segera dan berkesan.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua buah kenderaan yang diparkir di pam nombor 6 dan nombor 8 disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel secara terancang.

“Kedua-dua kenderaan tersebut dikesan menggunakan tangki tambahan jenis Intermediate Bulk Container (IBC) berkapasiti 1,000 liter, dengan anggaran 800 liter diesel bagi setiap kenderaan.

“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah dengan mengisi diesel melalui tangki asal kenderaan sebelum dipindahkan ke dalam tangki IBC menggunakan sistem hos dan pam elektrik yang telah diubah suai, dipercayai bagi tujuan pengumpulan dan pengedaran diesel bersubsidi secara tidak sah,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Menurut Shahril Nizam, dua individu tempatan berusia 30-an telah diarahkan mengemukakan dokumen berkaitan barang kawalan, buku stok serta resit pembelian dan penjualan diesel.

“Kesemua dokumen tersebut gagal dikemukakan, sekali gus menguatkan elemen kesalahan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan melakukan kesalahan.

“Bagi kes pertama, rampasan melibatkan sebuah kenderaan Isuzu Trooper, tangki IBC, pam elektrik, hos getah serta minyak diesel dengan nilai keseluruhan sebanyak RM12,695.00.

“Manakala bagi kes kedua, rampasan melibatkan sebuah van Toyota Lite Ace, tangki IBC, dua unit pam elektrik, hos getah serta minyak diesel dengan nilai keseluruhan sebanyak RM10,050.00.

“Secara keseluruhan, jumlah nilai rampasan bagi kedua-dua kes adalah sebanyak RM22,745.00, sekali gus membuktikan ketegasan KPDN dalam membanteras ketirisan subsidi negara,” kongsinya.

Dalam pada itu, Shahri Nizam turut menyeru orang ramai untuk memainkan peranan sebagai mata dan telinga KPDN dengan menyalurkan maklumat sahih berkaitan sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih pantas dan berkesan.

Sebarang aduan atau memberikan maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada KPDN melalui saluran berikut, iaitu WhatsApp di talian 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN (https://eaduan.kpdn.gov.my) atau menghubungi Call Centre di talian 1-800-886-800 dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China