Kerajaan MADANI bantu kontraktor kecil, sederhana kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI memperluas peluang kepada kontraktor tempatan, khususnya golongan kecil dan sederhana bagi memastikan golongan itu kekal berdaya tahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar susulan konflik Asia Barat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pada masa ini, kontraktor kecil dan sederhana akan difokuskan untuk terus mendapat akses kepada projek penyelenggaraan.

“Langkah itu penting bagi memastikan aliran kerja kontraktor tidak terhenti sekali gus mengelakkan mereka daripada terjejas akibat peningkatan kos operasi.

“Saya mahu Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperluas peluang kepada kontraktor tempatan khususnya kontraktor kecil dan sederhana dalam kerja penyelenggaraan, baik pulih dan projek berskala sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KKR di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid KKR, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, sektor pembinaan negara juga perlu mengurangkan kebergantungan terhadap kenaikan harga bahan api dengan beralih kepada kaedah kerja yang lebih produktif serta berasaskan teknologi moden.

Menurut beliau, usaha itu penting bagi memastikan industri pembinaan kekal berdaya saing dan tidak terlalu terkesan oleh faktor luaran termasuk konflik di Asia Barat.

“Saya ingin menyatakan kepentingan penggunaan teknologi seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS), ‘Building Information Modelling’ (BIM) dan kaedah pembinaan komponen siap pasang di kilang, serta pemantauan digital yang perlu dipertingkatkan dalam sektor pembinaan.

“Pendekatan tersebut mampu mempercepatkan tempoh pembinaan, mengurangkan pembaziran bahan dan mengoptimumkan penggunaan sumber di tapak projek.

“Transformasi itu menunjukkan komitmen kerajaan bukan sahaja pada peringkat dasar, malah turut melibatkan penambahbaikan pengurusan bagi memastikan daya tahan ekonomi negara terus kukuh menghadapi cabaran global,” katanya.

Related Posts

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

PUTRAJAYA – Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) perlu diperkasa secara holistik sebagai pendekatan pencegahan bagi menangani isu pematuhan imigresen, bukannya hanya bergantung kepada operasi serbuan dan penahanan besar-besaran. Profesional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

  • By Ezmie
  • September 18, 2026
Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China