Kerajaan perlu utamakan kuasa beli, bantu rakyat melalui kredit makanan

PUTRAJAYA – Kerajaan disarankan untuk memberi tumpuan kepada usaha dalam mengekalkan serta meningkatkan tahap kesejahteraan hidup masyarakat awam yang terkesan akibat krisis tenaga global disebabkan geopolitik antara Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel

Pakar ekonomi University of Science and Technology, Professor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan, kerajaaan seharusnya tidak terlalu fokus berusaha untuk menurunkan harga dan kos sara hidup disebabkan kesan kegawatan daripada krisis minyak.

Menurut beliau, apabila harga minyak mengalami peningkatan, semua kos juga akan meningkat yang bermula daripada kos pengangkutan barang sehingga kepada kos pembuatan.

“Fokus inisiatif sepatutnya ke atas aspek peningkatan kuasa beli rakyat melalui peningkatan pendapatan, elaun sara hidup dan subsidi kepada khususnya kumpulan berpendapatan kecil yang akan segera terjejas disebabkan krisis ini.

“Kerajaan tidak boleh ‘menang’ peperangan menentang kos global, tetapi boleh melindungi kesejahteraan isi rumah. Prinsip teras, biarkan harga mencerminkan kos sebenar, tetapi lindungi rakyat supaya mampu menanggungnya.

“Jalan penyelesaiannya adalah dengan memantau pendapatan minimum untuk ‘hidup’ bukan sekadar gaji minimum,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan memikirkan langkah dalam memberi elaun Sara Hidup Bersasar (Cost of Living Allowance – COLA) khusus untuk pekerja B40 serta memili keluarga dengan tanggungan dan isi rumah di kawasan bandar berkos tinggi.

Beliau berpendapat, jumlah sedemkian perlu dibayar terus kepada pekerja, bukan majikan untuk mengelak kebocoran. Ia boleh ditambah dengan pendapatan tambahan melalui ‘kerja sokongan ekonomi’.

“Kerajaan bukan sekadar perlu memberi bantuan, tetapi perlu membantu mencipta peluang pendapatan mikro seperti Program kerja sambilan komuniti , penjagaan warga emas, pemulihan alam sekitar, penyelenggaraan infrastruktur kecil dan bantuan sekolah dan komuniti digital.

“Langkah itu menekankan jaminan makanan isi rumah, bergerak daripada subsidi makanan kepada jaminan pemakanan. Isunya bukan sekadar harga makanan, tetapi ketidakstabilan akses, kualiti nutrisi dan kesinambungan bekalan untuk isi rumah miskin bandar dan luar bandar.

“Cadangannya adalah bantuan perlu diberi di dalam bentuk kredit makanan (Food Credit) bersasar yang hanya meliputi barangan asas bernutrisi (beras, protein, sayur) yang boleh digunakan di pasar tempatan dan koperasi kecil. Nilai kredit akan diberi secara berskala mengikut saiz keluarga, umur anak dan status pendapatan,” katanya.

Bagi jangka sederhana, Barjoyai berkata, ia boleh diperluas kepada pertanian bandar, koperasi makanan komuniti dan kontrak belian kerajaan dengan pengeluar kecil tempatan yang boleh  mengurangkan kebergantungan logistik jarak jauh serta menstabilkan bekalan makanan asas domestik.

“Ia adalah satu bantuan tunai bersyarat, bersasar dan bersifat automatik dengan ciri baharu yang diperlukan – Besar bantuan bertindak balas kepada inflasi (indexed support), disasarkan kepada isi rumah rentan, terhad kepada item nutrisi penting, fleksibel mengikut saiz keluarga dan tahap inflasi dan menggalakkan pasaran tempatan terus segar, bukan merosakkannya.

“Mekanisme asasnya boleh di dalam bentuk dompet digital/kad prabayar khas (boleh leverage e-wallet sedia ada). Sumber dana boleh datang daripada kerajaan (terasnya) dengan dana padanan dari sektor swasta (co-funded).

“Ia boleh dibayar di dalam bentuk bulanan. Penentuan nilai kredit tidak sepatutnya satu angka rata, tetapi formula mudah seperti : nilai food credit = asas individu + bilangan tanggungan + faktor inflasi makanan + kos lokasi (bandar /luar bandar),” katanya.

Barjoyai memaklumkan, food credit hanya terhad kepada kategori nutrisi asas beras, gandum, karbohidrat utama, telur, ayam, ikan, protein asas, sayur-sayuran, buah utama, susu bayi serta nutrisi kanak-kanak.

Pada masa sama, beliau berpendapat, wujud keperluan buat kerajaan secara proaktif mewujudkan satu skim kredit makanan untuk bersedia menghadapi kenaikan kos barang dan kesusutan stok barangan di dalam pasaran.

“Dengan kriteria khusus mengambil kira keadaan pasaran, ia boleh dilaksanakan secara berkesan mengunakan bantuan AI bagi memastikan kesan peningkatan harga dan kos sara hidup dapat ditangani secara berkesan.

“Pastinya kerajaan akan terpaksa membuat tambahan belanjawan bagi tahun 2026. Namun ini adalah satu langkah yang dilihat proaktif dan menunjukan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya kumpulan isi rumah yang rentan di Malaysia,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterjaminan makanan: Belajar dari krisis, sedia dari dapur sendiri

KUCHING – Setiap kali harga barang keperluan asas naik, keluhan pasti kedengaran di pelbagai platform.  Namun, sedarkah kita bahawa isu keterjaminan makanan sebenarnya adalah bom jangka ‘senyap’ yang menuntut persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China